MAHATHIR MENYINGA

                - Datuk Ruhaine Ahmad

 1. Jambatan Indah Di Hati Mahathir
 2. Adakah Singapura Punca Pembatalan
 3. Abdullah Bidas Kenyataan Yeo
 4. Jambatan Lambang Akrabnya Sahabat
 5. Perundingan Makin Positif
 6. Jambatan Indah Tetap Dibangun
 7. Acara Simbolik Jambatan Indah
 8. Singapura Perleceh Kedaulatan Malaysia?
 9. Jambatan Indah Tiba-tiba Batal
10. Keputusan Kerajaan Tunai Hasrat Rakyat
11. Sepucuk Warkah Untuk Bangsaku
12. Realiti Persahabatan Malaysia dan Singapura
13. Kiasu Dan Kiasi Sampai Kiamat?
14. Siapakah Di Belakang Pembatalan Jambatan?
15. Lampiran

-------------------------------------------------

1. Jambatan Indah Di Hati Mahathir

Semakin hari, isu pembatalan projek Jambatan Indah di Johor Bahru, Johor, terasa semakin panas. Ia panas membahang bila kebelakangan ini, mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, turut membuat beberapa kenyataan terbuka. Kenyataan tersebut mencerminkan rasa tidak puas hati beliau terhadap keputusan pembatalan berkenaan. Kenyataan-kenyataan Tun Dr. Mahathir disusuli oleh kenyataan-kenyataan beberapa orang Menteri. Kesemuanya meminta Tun Dr. Mahathir jangan masuk campur dengan urusan pentadbiran negara. Lebih jelas lagi, mereka seolah­olah memberitahu Tun Dr. Mahathir supaya tutup mulut, berdiam diri, dan jangan "campur tangan dalam keputusan Kerajaan Malaysia menghentikan pembinaan jambatan bagi menggantikan Tambak Johor."

 

Tun Dr. Mahathir diminta oleh beberapa orang Menteri supaya berbuat demikian kerana suara-suara beliau yang kini cuba memperjuang dan menegakkan kebenaran, kononnya berupa "tindakan memperkecil-kecilkan Kerajaan yang ada sekarang." Permintaan seperti ini adalah satu ironi. Ia ironik kerana kenyataan oleh Menteri-menteri terbabitlah sebenarnya yang menghalang Tun Dr. Mahathir daripada menyata, menegak dan memperjuangkan kebenaran yang sebenar-benarnya. Tindakan seperti inilah yang memperkecil-kecilkan maruah Tun Dr. Mahathir selaku mantan Perdana Menteri. Tindakan seperti inilah yang mempersenda‑sendakan Tun Dr. Mahathir selaku negarawan yang mencetuskan idea projek jambatan berkenaan pada 5 Julai 1996. Tindakan seperti inilah yang menafikan rakyat jelata daripada mengetahui seluruh kebenaran yang tersembunyi di sebalik projek terbabit. Tindakan seperti inilah juga yang mungkin boleh menghakis keyakinan rakyat jelata terhadap kepimpinan mutakhir di negara ini.

Sebab itu, sampai hari ini, hati saya terus tertanya-tanya. Kenapakah segelintir menteri kini membidas Tun Dr. Mahathir seolah-olah beliau tidak pernah berjasa kepada agama, bangsa dan negara? Saya tertanya-tanya begitu kerana majoriti rakyat jelata Malaysia insaf, Tun Dr. Mahathir adalah seorang pemikir, strategis dan negarawan ulung. Beliau telah mencetuskan pelbagai dasar dan program pembangunan. Kesemuanya penting dan strategik. Kesemuanya selaras dengan wawasannya mengenai siasah, insaniah, iktisad dan geopolitik yang mendepani zaman. Kesemuanya demi kepentingan agama, bangsa dan negara. Perjuangan beliau memperkasakan martabat, kemerdekaan dan kedaulatan negara­bangsa Malaysia amat murni dan abadi. Perjuangan inilah yang sedang mendasari cita-cita Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk menjadikan negara-bangsa Malaysia cemerlang, gemilang dan terbilang di abad ke-21.

Oleh kerana hakikatnya demikian, mengapakah kebelakangan ini seolah-olah wujud satu usaha terancang untuk memperkcil-kecil atau mempersenda-sendakan pengorbanan Tun Dr. Mahathir kepada agama, bangsa dan watannya? Mengapakah sekarang ini seakan-akan wujud segelintir menteri dan pembesar negara yang tergamak mengibaratkan Tun Dr. Mahathir sebagai negarawan usang, umpama tokoh singa pencen, dan kononnya bertindak seperti anjing menyalak bukit? Mengapakah jadi begini? Mengapakah, dengan tiba-tiba sahaja seolah-olah wujud satu kuasa ghaib dari kayangan yang mahu menafikan Tun Dr. Mahathir daripada menyuarakan apa jua pandangannya yang luhur dan benar mengenai sesuatu perkembangan besar yang terjadi di Malaysia demi agama, bangsa dan negara?

Observation saya ini bukannya berlandaskan niat untuk mengampu Tun Dr. Mahathir. Saya tahu, yang Tun Dr. Mahathir sendiri pun tahu, bahawa saya memang tidak pandai mengampu. Inilah kelemahan saya, kata sesetengah kawan-kawan saya. Kelemahan inilah, kata mereka, yang kadangkala menyebabkan saya jadi umpama lilin membakar diri. Kelemahan inilah juga, kata mereka, yang telah membunuh kerjaya saya dalam politik. Tapi, mestikah says peduli dengan kelemahan seperti ini? Bukankah Allah SWT menuntut umat Muhammad supaya sentiasa berjuang mengikut jalan yang lurus dan benar? Bukankah niat bengkok di dalam perjuangan adalah antara amalan yang perlu dijauhi dan dimusuhi pada setiap masa? Jadi, tidakkah pegangan serta prinsip hidup seperti ini selari dengan prinsip hadhariah di dalam Islam yang diperjuangkan oleh Datuk Seri Abdullah?

Oleh itu, saya berpendapat, Tun Dr. Mahathir tidak patut dilayani seperti singa pencen, seperti negarawan usang, atau seperti kuda patah kaki. Dalam soal pembatalan projek Jambatan Indah di Johor Bahru, apa salahnya Tun Dr. Mahathir dibawa berunding? Apa salahnya beliau diberikan peluang menyata, menegak dan menjunjung kebenaran? Apa salahnya beliau menyatakan sesuatu supaya kedaulatan Malaysia tidak ditafsirkan oleh rakyat jelata sebagai sudah digadaikan kepada Singapura? Apa salahnya beliau bersuara lantang supaya Singapura tidak berani berdolak-dalik dengan soal pembinaan jambatan di Selat Teberau?

Semua pihak, waimah pembesar negara yang pernah menjadi menteri di era pemerintahannya, janganlah persenda-sendakan Tun Dr. Mahathir secara semberono. Beliau bukan Ketua Pembangkang. Beliau adalah negarawan ulung. Kita kenalah bersopan santun. Ini kerana orang Melayu kaya dengan budi bahasa dan adat susila pusaka bangsa. Orang Melayu bukannya keturunan bangsa yang tidak tahu bahasa. Orang Melayu bukannya bangsa yang tidak ada agama. Orang Melayu adalah umat Islam. Orang Melayu semestinya menjadi pejuang dan penjunjung kebenaran.

Atas niat memperjuang, menegak dan menjunjung kebenaran inilah maka saya mendaya usahakan penulisan isu ini. Segala-galanya bermula pada jam 2.00 petang, Rabu, 12 Mac 2006. Ketika itu saya berada di ruang menanti Pejabat Kumpulan Utusan Melayu (M) Berhad, di Jalan Chan Sow Lin 5, Kuala Lumpur. Saya baru sahaja menghadiri mesyuarat Lembaga Pengarah. Tiba-tiba muncul sekumpulan tiga wartawan, dua lelaki dan seorang prempuan. (Nama­nama mereka sengaja tidak saya sebutkan di sini.) Mereka bersalaman dengan saya. Wajah mereka agak kecewa. Saya bertanya kepada salah seorang daripadanya, apa kisah dan apa beritanya hingga mereka kelihatan kecewa. Salah seorang daripada wartawan itu menyatakan bahawa Datuk Seri Abdullah selaku Perdana Menteri, baru sahaja mengeluarkan satu kenyataan akhbar. Kandungannya amat memeranjatkan. Kerajaan Malaysia membatalkan projek Jambatan Indah yang merentangi Selat Teberau, di Johor Bahru.

Tetapi, kenapa kelihatan kecewa, kata saya. Salah seorang wartawan itu menjawab, dia kecewa kerana keputusan itu boleh menjejaskan kedaulatan negara. Kata wartawan berkenaan, dia tidak berhak mempertikaikan keputusan itu. Katanya, Kerajaan pasti mempunyai kebijaksanaannya yang tersendiri untuk mengambil keputusan sedemikian rupa. Tetapi, sebagai rakyat biasa, katanya, pembatalan projek Jambatan Indah itu boleh ditafsirkan sebagai bukti yang Kerajaan Malaysia kini seolah-olah sedang mengibar bendera putih untuk tunduk mengaku kalah kepada Singapura. Saya tidak mahu memberikan komen kepada kenyataan wartawan berkenaan. Saya berbuat begitu kerana tidak mahu memprovokasi wartawan berkenaan dan dua orang sahabatnya. Saya meminta dia bersabar. Mereka terus beredar meninggalkan saya bersendirian.

Sebenarnya, di samping kenyataan penuh emosi seperti di atas, wartawan berkenaan juga menghamburkan banyak lagi kata-kata panas, tajam dan sinis terhadap Datuk Seri Abdullah, kerajaannya dan kepimpinannya. Saya tidak akan memuatkan kenyataan itu dalam tulisan ini. Saya mahu elakkan embarassement dan kontroversi. Bagaimanapun, cukuplah untuk saya sipnosiskan bahawa emosi yang terhambur daripada mulut wartawan terbabit adalah spontan dan berasas. Dia jadi penasaran sedemikian rupa kerana pelbagai kenyataan pemimpin besar negara sebelum hari pembatalan projek Jambatan Indah itu, katanya, adalah sangat memberangsangkan. Seluruh tenyataan mengenai isu Jambatan Indah itu, kata wartawan berkenaan, membuktikan kesungguhan serta ketegasan Malaysia dalam berurusan dengan Singapura kebelakangan ini.

Dalam perjalanan berkereta menuju pejabat, saya pun berusaha mencari penjelasan mengenai berita di atas daripada beberapa sahabat, termasuk Datuk Mohd. Khalid Mohamad, Ketua Pengarang Kumpulan Utusan. Kesemuanya menjawab menerusi SMS: Memang betul Kerajaan Malaysia membatalkan projek Jambatan Indah di Johor Bahru. Kata mereka, keputusan itu adalah demi kedaulatan negara. Bagaimanapun, seorang sahabat yang pernah mengetuai sebuah agensi berita, mendakwa keputusan itu sebagai satu sandiwara. Lepas selesai Pilihan Raya Umum Singapura kali ini, katanya, republik itu dijangka memberikan persetujuannya kepada usaha Malaysia membina sebuah jambatan yang lurus untuk menggantikan Tambak Johor yang kini berusia 81 tahun. Katanya, persetujuan itu dijangka diberikan kepada Malaysia, tanpa sebarang syarat. Kata hati kecil saya, eloklah kalau begitu. Tetapi, sesiapa yang memahami hati perut sesetengah pemimpin besar Singapura tentu akan berasa sukar untuk mempercayai kenyataan sahabat saya. Bagaimanapun, sahabat saya itu berkeras menyatakan, dia bare sahaja menerima kiriman SMS daripada Singapura. Kandungannya adalah sama seperti apa yang dia sampaikan kepada saya. Oleh itu, saya pun muatkan komen sahabat saya itu ke dalam tulisan ini. Ia sekadar untuk jadi satu keanikaan pendapat masyarakat umum mengenai pembatalan projek Jambatan Indah di Johor Bahru.

Setibanya di pejabat, saya pun meneliti dan memperincikan kenyataan Datuk Seri Abdullah yang tersiar di lamanweb Bernama. Saya baca kenyataan itu berulang kali. Setelah itu, saya pun bermenung buat seketika. Saya bermenung kerana walaupun saya menghormati kebijaksanaan semasa Kerajaan Malaysia untuk membatalkan pembinaan projek Jambatan Indah itu, saya dapati sukar sekali untuk merasionalkan sebab-sebabnya. Ia amat sukar kerana kenyataan tersebut menyebut yang keputusan itu "dibuat setelah mengambil kira suara dan sentimen rakyat Malaysia keseluruhannya terutama berkenaan bekalan pasir dan ruang udara."

Rasional inilah yang amat sukar untuk saya fahami. Saya sukar untuk memahami rasional ini bukan kerana saya sengaja mahu mempertikaikan keputusan dan kebijaksanaan Kerajaan Malaysia mengenai pembatalan projek Jambatan Indah. Sebaliknya, saya sukar memahaminya kerana rasional ini susah sangat untuk diterima oleh orang biasa. Hakikatnya demikian kerana berbulan-bulan sebelum itu, rata-rata rakyat jelata, khususnya di Johor, hanya membantah penjualan pasir dan pemberian ruang angkasa kepada Singapura, dalam konteks pembinaan sebuah jambatan yang lurus. Ini bermakna, rakyat tidak membantah apa-apa bila Kerajaan memutuskan untuk membina sebuah jambatan yang bengkok di wilayah Malaysia sendiri. Rakyat jelata gembira dengan keputusan seperti ini. Mereka faham, pembinaan Jambatan Indah ini langsung tidak membabitkan penjualan pasir dan pemberian ruang angkasa Malaysia kepada Singapura. Mereka insaf, pembinaan jambatan yang bengkok untuk menggantikan Tambak Johor, tidak menjejaskan kedaulatan Malaysia. Berasaskan hakikat seperti ini, mengapakah kenyataan mengenai pembatalan projek Jambatan Indah yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri, pada 12 April 2006, menyatakan bahawa keputusan itu "dibuat setelah mengambil kira suara dan sentiment rakyat Malaysia keseluruhannya terutama berkenaan bekalan pasir dan ruang angkasa"? Jadi, apa kena mengenanya soal penjualan pasir dan penggunaan ruang angkasa Malaysia dengan pembinaan jambatan yang bengkok? Kalau tiada sebarang kaitan, kenapakah soal penjualan pasir dan penggunaan ruang angkasa Malaysia itu dijadikan alasan utama untuk Kerajaan Malaysia membatalkan projek Jambatan Indah di Johor Bahru?

Kenyataan Perdana Menteri mengenai pembatalan projek Jambatan Indah seperti di atas, juga tidak selari dengan lain-lain kenyataan mengenainya beberapa minggu sebelum itu. Seluruh kenyataan oleh beberapa pemimpin besar Malaysia, termasuk Datuk Seri Abdullah sendiri, beberapa minggu sebelum itu, sentiasa membayangkan bahawa projek jambatan berkenaan tidak membabitkan soal penjualan pasir atau pemberian ruang angkasa Malaysia kepada Singapura.

Contohnya, Utusan Malaysia 10 Februari 2006, memetik Datuk Seri Abdullah sebagai berkata bahawa Malaysia mahu jambatan menggantikan Tambak Johor, sama ada lurus, bengkok atau pun herot. Kenyataan ini menggembirakan rakyat Malaysia. Ia mencerminkan ketegasan dan kesungguhan Perdana Menteri dalam memperjuangkan projek berkenaan.

Utusan Malaysia 4 Mac 2006, pula melaporkan Datuk Seri Abdullah sebagai berkata seperti berikut: "Pembinaan jambatan separuh bagi menggantikan Tambak Johor tidak akan menimbulkan sebarang masalah walaupun Singapura mendakwa is boleh mendatangkan implikasi yang serius. Sebaliknya, Malaysia melihat pembinaan jambatan separuh itu akan menjadikan perhubungan dengan Singapura lebih baik."

Datuk Seri Abdullah membuat kenyataan ini selepas melancarkan Kempen Buku Hijau Peringkat Kebangsaan di Taman Seri Nanding, Hulu Langat, Selangor, pada 3 Mac 2006. Kenyataan ini dibuat sebagai ulasan kepada kenyataan Menteri Luar Singapura, George Yeo, di Parlimen negara itu pada 2 Mac 2006. Yeo mendakwa, sebarang langkah unilateral Malaysia untuk merobohkan Tambak Johor dan menggantikannya dengan jambatan separuh akan menimbulkan implikasi yang serius.

Berasaskan kenyataan Datuk Seri Abdullah seperti di atas, wajarlah ditanya, kenapakah dulu lain, sekarang lain? Kenapakah tiba-tiba sahaja Kerajaan Malaysia membatalkan projek Jambatan Indah di Johor Bahru? Oleh kerana kenyataan mengenai pembatalan itu dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri pada hari Rabu, iaitu hari mesyuarat mingguan Menteri-Menteri Kabinet, adakah keputusan itu sebenar-benarnya adalah keputusan Kabinet? Adakah keputusan itu berasaskan suatu kertas perbincangan yang rapi, sempurna dan komprehensif?

Berikut pula adalah sedutan kenyataan-kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; Menteri Luar, Datuk Seri Syed Hamid Albar; dan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu. Kesemua kenyataan mereka menggambarkan bahawa projek Jambatan Indah di Johor Bahru itu tidak bermasalah, malahan akan terus dilaksanakan di wilayah Malaysia.

Datuk Seri Najib membuat beberapa kenyataan mengenai projek Jambatan Indah itu kira-kira sebulan sebelum pembatalannya. Kenyataan pertama beliau adalah pada 3 Mac 2006. Kenyataan yang disiarkan oleh Utusan Malaysia 4 Mac 2006, adalah seperti berikut:

"Saya tidak tahu apa yang dimaksudkan oleh Menteri Luar Singapura (bahawa sebarang langkah Malaysia meroboh Tambak Johor di sebelah bahagiannya dan menggantikan dengan jambatan separuh akan membawa implikasi serius). Hasrat Malaysia tetap, iaitu kita akan meneruskan pembinaan jambatan separuh seperti mana yang dirancangkan sebelum ini."

Kenyataan Datuk Seri Najib yang kedua adalah pada 10 Mac 2006. Kenyataan itu disiarkan oleh Utusan Malaysia 11 Mac 2006, dengan tajuk: Malaysia Ajak Singapura Sama-Sama Bina Jambatan. Beliau membuat kenyataan itu dalam satu sidang akhbar di Pekan, Pahang. Kenyataan itu adalah ulasan kepada satu majlis simbolik membabitkan kerja-kerja uji tanah di dasar laut bagi pembinaan Jambatan Indah berkenaan di Johor Bahru pada 9 Mac 2006.

Dalam sidang akhbar tersebut, Datuk Seri Najib telah dipetik sebagai berkata seperti berikut: Malaysia akan meneruskan rundingan bersama Singapura berhubung pembinaan jambatan menghubungkan kedua-dua negara dengan matlamat mengajak republik itu turut

ngambil bahagian dalam pembinaannya. Datuk Seri Najib juga

negaskan, secara teknikal masih belum terlambat bagi Singapura

enyertai pembinaan jambatan itu meskipun Malaysia telah

mulakan pembinaan projek berkenaan. Persoalannya, apakah

inginan Singapura adalah untuk bersama-sama menyempurnakan sebuah jambatan yang lurus, atau hanya melihat sahaja Jambatan Indah yang akan dibina. Katanya lagi, pembinaan Jambatan Indah tetap akan diteruskan. Apa yang sedang dirundingkan ialah untuk melibatkan Singapura dalam pembinaan jambatan yang sepenuhnya.

Menurut Datuk Seri Najib, "pembinaan yang akan dilaksanakan sekarang ialah jambatan separuh atau Jambatan Indah. Jika Singapura bersetuju, is akan ambil bahagian." Katanya lagi, kerja-kerja pembinaan Jambatan Indah yang telah dimulakan tidak akan mengganggu proses rundingan yang dilakukan oleh kedua-dua negara. Beliau berharap rundingan tersebut akan mencapai kata putus yang membolehkan Singapura menyertai pembinaan jambatan berkenaan.

Kenyataan ketiga Datuk Seri Najib sebelum pembatalan projek Jambatan Indah itu adalah pada 17 Mac 2006. Kenyataan itu disiarkan oleh Utusan Malaysia 18 Mac 2006 dengan tajuk Najib: Jambatan Lambang Keakraban Dua Negara. Kenyataan itu dibuat sempena lawatan beliau ke tapak projek Gerbang Selatan Bersepadu yang dimajukan oleh Gerbang Perdana Sendirian Berhad, di Johor Bahru. Turut hadir di majlis itu adalah Speaker Dewan Undangan Negeri Johor, Datuk Mohd. Ali Hassan yang mewakili Menteri Besar Johor, Ahli Parlimen Johor Bahru, Datuk Shahrir Samad, dan beberapa Exco Kerajaan Negeri Johor. Ini bermaksud majlis itu adalah besar dan bermakna. Di majlis itu, Datuk Seri Najib telah dipetik dan dilaporkan sebagai berkata seperti berikut:

Datuk Seri Najib mahu Singapura menjadikan pembinaan Jambatan Indah yang akan menggantikan Tambak Johor sebagai lambang hubungan erat Malaysia dan Singapura. Justeru itu, katanya, sudah tiba masanya Singapura bermuafakat dengan Malaysia atas dasar semangat kejiranan. Kalau Singapura boleh bertolak ansur atas semangat kejiranan, itulah jalan yang terbaik. Jambatan ini akan menjadi lambang kepada hubungan kedua-dua negara terbabit. Malaysia tetap akan meneruskan pembinaan jambatan tersebut tanpa perlu ada sekatan daripada mana-mana pihak kerana ia merupakan hak Malaysia.

Menurut Datuk Najib, pembinaan Jambatan Indah itu adalah hak Malaysia kerana ia dibangunkan di kawasan negara ini. Tiada siapa yang boleh menafikan hak Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaulat. Bersesuaian dengan hakikat ini, Kerajaan Malaysia memutuskan untuk menyambung dan meneruskan semula pembinaan jambatan baru yang tertangguh selama dua tahun kerana proses perbincangan dengan Singapura.

Seterusnya, Datuk Najib berkata, pembinaan Jambatan Indah itu amat penting bagi pembangunan ekonomi Negeri Johor khususnya, dan negara amnya. Ia bakal mengubah wajah Selat Teberau dan kawasan sekitarnya. Ia akan menjadikan Selat Teberau dan persekitarannya sebagai satu tarikan pelancong yang utama di pintu masuk selatan Malaysia. Perairan di Selat Teberau akan menjadi antara yang terindah.

Sesudah tamat majlis itu, Datuk Seri Najib mengadakan satu sidang akhbar. Dalam sidang akhbar berkenaan, Datuk Seri Najib berkata, walaupun projek Jambatan Indah itu akan diteruskan pembinaannya, perbincangan dengan Singapura mengenainya masih tetap diteruskan.

Utusan Malaysia 21 Mac 2006 pula melaporkan Datuk Seri Najib dengan judul Keputusan Ruang Udara, Jual Pasir Ditentukan Kabinet. Katanya, soal sama ada Malaysia akan menyerahkan ruang udara dan menjual pasir kepada Singapura, kerana mahukan mereka bersetuju untuk membina jambatan lurus menggantikan Tambak Johor, akan ditentukan oleh Kabinet dalam masa terdekat. Buat masa ini, Kerajaan masih menerima pandangan semua pihak untuk dibawa ke Mesyuarat Jemaah Menteri. "Sebarang keputusan berhubung perkara ini akan dimaklumkan selepas mesyuarat berkenaan."

Menurut Datuk Seri Najib, Kerajaan akan bertindak tegas mengenai soal penjualan pasir dan penggunaan ruang udara, demi mempertahankan kedaulatan dan maruah negara. Katanya lagi, beliau difahamkan bahawa jika Malaysia bersetuju menjual pasir kepada Singapura, sebanyak 200 juta meter padu pasir laut akan dihantar ke republik tersebut untuk melebarkan Pulau Tekong, Tuas dan Jurong. Ini bermakna, sebanyak 50 juta meter padu pasir setiap tahun akan disalurkan selama 20 tahun ke negara itu. Dalam tempoh dua dekad itu, pasir berkenaan akan bersamaan saiz sebuah lagi pulau Singapura."

Pada 27 Mac 2006, Utusan Malaysia memaparkan judul berita berikut: Pembinaan Jambatan Ganti Tambak Johor Diteruskan. Berita itu memetik kenyataan Datuk Seri Najib mengenai pembinaan Jambatan Indah di Johor Bahru. Beliau membuat kenyataan berkenaan di Seri Kembangan, Selangor.

Menerusi kenyataan berkenaan, Datuk Seri Najib mengulangi pendirian Kerajaan Malaysia bahawa projek pembinaan jambatan baru menggantikan Tambak Johor tidak akan ditangguhkan. Sebab itulah kerja pembinaan jambatan itu akan diteruskan seperti yang dirancang. Ini bermakna tidak berlaku sebarang kelewatan dalam kerja-kerja pembinaan projek tersebut.

Maka, berasaskan seluruh kenyataan Datuk Seri Najib seperti di atas, salahkah kalau kini ada segolongan rakyat jelata yang berasa seolah-olah Kerajaan Malaysia berdolak-dalik dengan kenyataannya mengenai projek Jambatan Indah? Salahkah kalau ada segolongan rakyat jelata yang berasa seolah-olah kedaulatan negara ini sedang diperkotak-katikkan oleh Singapura? Salahkah kalau ada segolongan rakyat jelata Malaysia yang beranggapan seolah-olah ada dalang di sebalik pembatalan projek berkenaan? Salahkah kalau Tun Dr. Mahathir menyinga dan berasa terpanggil untuk membantu kepimpinan Kerajaan mutakhir dalam memberikan fakta yang sahih dan benar mengenai projek jambatan itu? Kalau tidak salah untuk sesiapa bertindak sedemikian, mengapakah Tun Dr. Mahathir seolah­olah mahu ditutup mulutnya daripada memperkatakan hakikat yang sebenar-benarnya mengenai projek jambatan tersebut?

Bagaimanapun, kalaulah hujah-hujah di atas tidak mencukupi, ikutilah pula kenyataan Datuk Seri Syed Hamid mengenai projek Jambatan Indah berkenaan. Pada 3 Mac 2006, beliau mengulas kenyataan Menteri Luar Singapura. Datuk Seri Syed Hamid menyatakan, beliau keliru dengan dakwaan Singapura bahawa Jambatan Indah yang akan dibina di wilayah Malaysia akan membawa implikasi serius. Katanya, "Malaysia telah memikirkan dan membuat kajian mendalam terhadap implikasi pembinaan jambatan itu. Jadi, saya tidak faham kenapa perkara (yang dikatakan sebagai implikasi serius) ini ditimbulkan kerana perundingan sedang berjalan dan is berlangsung dalam suasana baik dengan kedua-dua pihak berminat ke arah penyelesaian. Kenyataan (oleh Singapura) ini boleh mengeruhkan keadaan. Kita perlu tahu maksud sebenarnya.

Datuk Seri Syed Hamid juga menyatakan, Malaysia sudah menjawab nota bantahan mengenai projek jambatan itu yang dikemukakan oleh Singapura. Tambahnya, "tujuan kita adalah untuk membina jambatan lurus. Sebab itu kita mengambil sikap kalau tujuan hendak capai persetujuan, seharusnya perkara lain tidak ditimbulkan.

Pada 12 Mac 2006, Datuk Seri Syed Hamid membuat satu lagi kenyataan mengenai projek Jambatan Indah di Johor Bahru. Kenyataan itu dibuat di Kota Tinggi. Ia dilaporkan oleh Utusan Malaysia 13 Mac 2006, dengan judul Rundingan Jambatan Semakin Positif - Syed Hamid. Katanya, rundingan dua hala antara Malaysia dan Singapura berhubung pelbagai isu tertunggak yang telah berlangsung sejak beberapa tahun lalu dilihat semakin "positif dan menggalakkan."

Menurut Datuk Seri Syed Hamid, pada prinsipnya, beberapa perkara telah mencapai persetujuan. Beliau yakin rundingan yang sudah memasuki pusingan kelima itu akan berakhir tidak lama lagi. "Hasil rundingan yang berjalan lancar itu, kedua-dua pihak kini memperincikan perkara-perkara yang sudah dipersetujui untuk dimuktamadkan." Ditanya sama ada antara persetujuan yang sudah dicapai termasuk isu pembinaan Jambatan Indah bagi menggantikan Tambak Johor, Syed Hamid berkata, Republik itu, pada dasarnya, bersetuju supaya jambatan yang lurus dibina.

Seterusnya, Datuk Seri Syed Hamid berkata, keputusan Kerajaan Malaysia untuk meneruskan pembinaan Jambatan Indah juga tidak mengganggu rundingan dengan Singapura kerana projek itu berada dalam wilayah dan perairan Malaysia. Kerja-kerja yang sudah dimulakan, katanya, sama ada merupakan persediaan bagi pembinaan sebuah jambatan penuh atau sebaliknya, bergantung kepada perkembangan rundingan yang berlangsung. "Jika rundingan berakhir dengan persetujuan Singapura membina sebuah jambatan penuh, maka is akan dilaksanakan mengikut perancangan bersama kedua-dua negara. Jika keputusan rundingan adalah sebaliknya, kedua-dua pihak akan berpegang pada status-quo masing-masing."

Mengenai dua syarat Singapura, iaitu pasir dan ruang udara sebagai persetujuan untuk pembinaan sebuah jambatan lurus, Syed Hamid berkata, Malaysia tidak akan berkompromi dengan sebarang isu menyentuh kedaulatan dan wilayahnya.

Pada 13 Mac 2006, Datuk Seri Syed Hamid membuat satu lagi kenyataan akhbar di Kuala Lumpur. Ia dilaporkan oleh Utusan Malaysia 14 Mac 2006 dengan judul Malaysia Tidak Akan Beralah Tuntutan Tambahan Singapura. Katanya, Malaysia tidak akan beralah terhadap sebarang tuntutan tambahan Singapura termasuklah rancangan pembinaan jambatan baru bagi menggantikan Tambak Johor. Ini termasuklah dalam isu rundingan tertunggak membabitkan isu-isu lain supaya segala keputusan tidak akan merugikan negara.

Pada 19 Mac 2006, Datuk Seri Syed Hamid pula dilaporkan oleh Utusan Malaysia sebagai berkata bahawa satu laporan terperinci mengenai basil rundingan kali kelima dengan Singapura berhubung pembinaan jambatan baru menggantikan Tambak Johor, akan dibentangkan kepada Kabinet pada Rabu 22 Mac 2006. Katanya, rundingan antara Malaysia dan Singapura di peringkat pegawai telah pun mencapai kata sepakat untuk mengatur satu mesyuarat teknikal bagi membincangkan tuntutan tambahan, termasuk kebenaran menggunakan ruang angkasa Johor oleh jet pejuang Singapura dan konsesi pembelian pasir. Datuk Seri Syed Hamid membuat kenyataan tersebut sebagai mengulas perkembangan terkini rundingan selepas Malaysia dan Singapura mencapai persetujuan berhubung beberapa perkara besar bagi merealisasikan hasrat pembinaan sebuah jambatan baru menggantikan Tambak Johor.

Berasaskan empat kenyataan Datuk Seri Syed Hamid seperti di atas, siapa sangka projek Jambatan Indah di Johor Bahru, dengan tiba-tiba sahaja dibatalkan pembinaannya. Tetapi, soalnya di sini ialah, adakah mesyuarat Kabinet path 22 Mac 2006, membincangkan apa-apa masalah berkaitan projek Jambatan Indah itu? Adakah satu kertas terperinci mengenainya telah dibincangkan dalam mesyuarat tersebut? Kalau ada, kenapakah keputusan membatalkan projek itu hanya dibuat 22 hari setelah mesyuarat Kabinet berkenaan? Soalan­soalan seperti inilah yang menimbulkan pelbagai spekulasi. Soalan­soalan seperti inilah yang mencetuskan kontroversi.

Bagaimanapun, berikut ini adalah kenyataan Datuk Seri Samy Velly mengenai projek Jambatan Indah di Johor Bahru. Utusan Malaysia 12 Mac 2006, melaporkan beliau sebagai berkata bahawa pembinaan Jambatan Indah bagi menggantikan Tambak Johor akan tetap diteruskan, walaupun Singapura menghantar nota pihak ketiga kepada Malaysia, bagi meminta penjelasan mengenai pelancaran simbolik kepada pembinaan projek itu pada 10 Mac 2006. Katanya, pembinaan tersebut tidak boleh ditangguhkan, apatah lagi is telah mengalami sedikit kelewatan. Beliau juga menyatakan bahawa ya sudah pun mengarahkan kontraktor (Gerbang Perdana Sdn. hd.) untuk memulakan kerja-kerja pembinaan projek itu.

Setelah meneliti seluruh kenyataan Datuk Seri Abdullah, Datuk Seri Najib, Datuk Seri Syed Hamid dan Datuk Seri Samy Velly, mengenai Jambatan Indah di Johor Bahru, seperti yang terhurai di atas, adalah agak sukar untuk sesiapa menerima hakikat bahawa projek itu terpaksa dibatalkan. Sebab itulah, secara peribadi, saya merasakan adanya sesuatu yang tidak kena atau missing link daripada keputusan Kerajaan Malaysia membatalkan projek Jambatan Indah yang berkenaan. Missing link ini saya persoalkan bukan kerana saya mahu mempertikaikan keputusan Kerajaan Malaysia. Missing link ini sangat-sangat saya cari hakikatnya terutama sekali setelah saya menerima satu SMS dari seorang sahabat. Mesej ringkas itu benar­benar memprovokasikan fikiran saya.

Bagaimanapun, adalah tidak wajar untuk saya paparkan mesej berkenaan dalam tulisan ini. Saya yakin, mesej itu betul. Tetapi, kalau pun betul, saya tetap tidak akan tergamak memaparkan mesej itu di sini. Ini kerana mesej itu pastinya mencanggahi Akta Rahsia Rasmi atau OSA. Lagi pun, saya amat percaya bahawa keputusan untuk membatalkan projek Jambatan Indah itu adalah satu keputusan yang diambil oleh Kabinet secara kolektif, berasaskan satu kertas cadangan yang lengkap dan komprehensif.

Biarpun begitu, saya tetap hairan. Kenapakah kebelakangan ini saya terasa seakan-akan wujud satu tekanan daripada suatu kuasa ghaib yang berpangkalan di Kuala Lumpur. Tekanan itu seolah-olah bertujuan mahu melemahkan sebarang usaha oleh mana-mana pihak untuk bersuara mengenai keputusan membatalkan projek Jambatan Indah itu. Tekanan itu juga semacam mahu menyekat sebarang perbincangan atau polemik mengenai pembatalan itu, oleh sesiapa sahaja, waimah orang Johor, Tun Dr. Mahathir, atau rakyat jelata di seluruh negara, di semua peringkat.

Tekanan seperti ini amat ketara sekali sewaktu Tan Sri Sanusi Junid, bekas Menteri Besar Kedah dan bekas Setiausaha Agung UMNO Malaysia, Tan Sri Abdullah Ahmad (Kok Lanas) selaku bekas Duta Khas Malaysia ke PBB, Datuk Hassan Ahmad selaku bekas Ketua Pengarah DBP dan Wakil Khas Malaysia ke UNESCO, dan saya sendiri, menjadi panel forum di Johor Bahru pada 29 Mac 2006. Tekanan itu agak ketara, mungkin kerana Datuk Mukhriz Mahathir, selaku Pengerusi Biro Antarabangsa Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, diberi peluang menyampaikan ucaptamanya di majlis perasmian forum berkenaan.

Tekanan itu bukannya ke atas kami sebagai ahli panel. Tetapi, ke atas Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pulai, pimpinan Haji Abdullah Md. Yusof, selaku penganjur forum. Tekanan juga nampaknya dibuat ke atas Ketua UMNO Bahagian Pulai merangkap Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Tan Sri Mohamad Rahmat. Saya dapat tahu, seorang tokoh Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia telah mengirimkan SMS kepada Datuk Nur Jazlan mengenai forum berkenaan. Seorang Ahli Senator Johor yang sedang berada di China juga mengirimkan SMS untuk mengetahui perkembangan forum berkenaan.

Bagaimanapun, tekanan yang amat ketara dan sangat saya kesali, adalah ke atas Tun Dr. Mahathir. Saya tidak pasti sama ada jangkaan saya ini besar atau pun salah. Tetapi, walau apa pun yang sebenar dan hakikat, saya yakin Datuk Seri Najib adalah seorang daripada pemimpin besar Malaysia yang berasa seolah-olah dalam keadaan tersepit berikutan keputusan pembatalan projek Jambatan Indah itu. Apa tidaknya? Beliau telah membuat banyak kenyataan positif mengenai projek itu sebelum ianya dibatalkan. Tetapi, apa yang boleh beliau lakukan sekarang? Sebagai orang nombor dua negara, terpaksalah beliau bersabar dan menyerahkan segala-galanya kepada takdir.

Dalam keadaan seperti ini, ada pula sahabat-sahabat dalam politik yang berseloroh mengenai apa yang sedang terjadi pada hari ini. Kata mereka, mintalah Datuk Seri Najib membaca hikayat­hikayat purba, seperti Hikayat Hang Tuah dan sebagainya. Di dalam hikayat-hikayat itu terkandung banyak iktibar dan bimbingan mengenai kenegaraan. Salah satunya adalah mengenai Hang Tuah dan konsep kesetiaannya. Dan satu lagi, adalah mengenai Hang Jebat, juga mengenai konsep kesetiaannya. Bacalah hikayat-hikayat berkenaan kerana kesemuanya adalah sandaran dan rujukan mengenai kenegaraan.

Kepada saya, saranan yang disuarakan secara berseloroh ini relevan dan wajar dihalusi. Ia relevan kerana Malaysia kini sedang mencari-cari tokoh pejuang yang benar-benar mempunyai principles of guidance yang telus lagi berwibawa. Mudah-mudahan, suatu hari nanti, Malaysia akan menemui formula ketegasan diplomasi yang paling mujarab. Mudah-mudahan formula seperti itu menjadi azimat utama bila perwakilan Malaysia bersemuka di meja perundingan dengan team kiasu daripada Singapura – Pernah disiarkan dalam Agendadaily.com dan akhbar Siasah.

Back

-------------------------------------------------

2. Adakah Singapura Punca Pembatalan

Kerajaan Malaysia menggadaikan maruah bangsa dan kedaulatan negara kepada Singapura. Itulah persepsi awal dan spontan daripada segolongan rakyat jelata, pada 12 April 2006, hari pembatalan projek Jambatan Indah di Selat Tebrau, Johor Bahru, Johor. Persepsi awal seperti ini lahir atas dorongan emosi yang tinggi. Ianya tidak betul. Ia perlu segera dikoreksi. Rasional sebenar kepada pembatalan itu mesti dicari dan dicari. Kalau tidak, persepsi awal ini akan terus menebal. Lama-kelamaan, is boleh menjadi suatu realiti yang buta dan berbahaya.

Lantas, marilah kita cari sebab-sebab yang sebenar, mengapakah projek Jambatan Indah itu dibatalkan sedemikian rupa. Benarkah kerana Kerajaan Malaysia mahu menggadaikan maruah bangsa dan kedaulatan negara kepada Singapura? Atau, tidak mungkinkah pembatalan itu adalah akibat kelancangan tindakan serta kceluparan kata-kata daripada pihak Singapura?

 

Dalam proses memburu kebenaran tersebut, saya terjumpa satu kenyataan Menteri Luar Singapura, George Yeo, yang disiarkan dalam Utusan Malaysia 3 Mac 2006. Kenyataan yang disebarkan oleh Bernama itu berjudul Singapura Dakwa Jambatan Malaysia Bawa Implikasi Serius.

 

Dalam laporan itu, Yeo memberitahu Parlimen Singapura "sebarang langkah oleh Malaysia meroboh tambak di sebelah bahagiannya dan menggantikan dengan jambatan separuh akan membawa implikasi serius."

 

Katanya, Singapura telah menjelaskan perkara berkenaan kepada Kuala Lumpur menerusi nota pihak ketiga. "Kami menjelaskan kepada Malaysia implikasi serius ekoran langkah unilateral Malaysia untuk merobohkan tambak di sebelah bahagiannya dan menggantikan dengan Jambatan Indah."

Bagaimanapun, kata Yeo, Malaysia telah pun memperjelaskan perkara itu kepada Singapura. Katanya, Malaysia juga terus komited mengadakan rundingan bagi sebuah jambatan penuh untuk menggantikan Tambak Johor. Yeo juga menyatakan bahawa rundingan mengenai jambatan penuh masih berjalan. Ia telah mencatatkan kemajuan ke arah manfaat yang seimbang bagi kedua­dua pihak.

Pada 11 Mac 2006, Menteri Luar, Datuk Seri Syed Hamid Albar mengesahkan bahawa Malaysia telah menerima nota bantahan daripada Singapura berhubung keputusan Malaysia mahu meneruskan pembinaan jambatan bagi menggantikan Tambak Johor. Bagaimanapun, katanya, Kerajaan Malaysia masih belum menghantar nota jawapan balas kepada Singapura.

Ketika ditanya tentang kandungan nota bantahan itu, Datuk Seri Syed Hamid berkata, Singapura tidak berpuas hati dengan kenyataan Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Ir. Mohd Zin Mohamed, bahawa Malaysia secara simboliknya telah memulakan kerja-kerja pembinaan Jambatan Indah. Singapura mahu tahu kedudukan sebenar mengenai hal berkenaan kerana perkara itu masih dalam peringkat rundingan.

Kenyataan Yeo seperti di atas nampaknya biasa sahaja. Jadi, tidak mungkin kenyataan seperti itu yang jadi salah satu punca utama Kerajaan Malaysia membatalkan pelaksanaan projek Jambatan Indah di Johor Bahru. Kalau begitu, apakah sebenarnya punca pembatalan itu? Beberapa khabar angin di Kuala Lumpur mengatakan kononnya projek itu dibatalkan kerana ada satu kumpulan individu yang memanipulasikan keadaan. Kepada saya, spekulasi seperti ini boleh jadi mungkin, dan boleh jadi tidak. Ia mungkin boleh jadi kerana kebelakangan ini memang macam-macam perkara boleh terjadi. Tetapi, is mungkin juga tidak boleh jadi kerana mustahil keputusan penting seperti ini boleh dimanipulasikan dengan sesuka hati. Lantaran itu, apakah punca sebenar projek Jambatan Indah dibatalkan dengan secara mengejut?

Back

-------------------------------------------------

3. Abdullah Bidas Kenyataan Yeo

 

Pembatalan projek Jambatan Indah di Johor Bahru, Johor, kini jadi satu isu hangat, panas dan menggelegak. Ia jadi isu yang hangat, panas dan menggelegak kerana keputusan Kerajaan Malaysia membatalkan projek jambatan itu seolah-olah berdasarkan suatu konspirasi. Ia juga jadi isu yang hangat, panas dan menggelegak bila mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, tampil dengan beberapa surat terbuka. Beliau bertindak demikian kerana yakin wujudnya suatu kekeliruan. Dan, kekeliruan itulah yang mungkin menjadi asas kepada pembatalan projek terbabit.

Dengan niat mencari kejernihan dan menegakkan kebenaran, saya telusuri semula beberapa kenyataan pemimpin-pmimpin besar Malaysia mengenai projek ini, sepanjang dua bulan sebelum projek itu dibatalkan.

Kenyataan pertama yang saya halusi adalah kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Antara kenyataan beliau yang paling signifiken mengenai projek Jambatan Indah itu ialah pada 10 Februari 2006. Dalam kenyataan itu beliau mengumumkan pendirian Malaysia untuk meneruskan pembinaan jambatan itu sama ada dengan persetujuan Singapura atau tidak. Dalam kenyataan itu, beliau berkata: "Pendirian kita mengenai Tambak Johor ialah kita hendak jambatan baru, sama ada bengkok, lurus atau herot."

Satu lagi kenyataan Datuk Seri Abdullah tersiar dalam Utusan Malaysia 4 Mac 2006, dengan judul Hujah Singapura Ditolak — PM Yakin Jambatan Ganti Tambak Johor Tiada Masalah. Laporan itu adalah seperti berikut:

Jumaat, 3 Mac, 2006: Datuk Seri Abdullah menolak pendirian Singapura. Beliau berkata, pembinaan jambatan separuh bagi menggantikan Tambak Johor tidak akan menimbulkan sebarang masalah, walaupun Singapura mendakwa is boleh mendatangkan implikasi yang serius.

Katanya lagi, Malaysia melihat pembinaan jambatan separuh itu akan menjadikan perhubungan dengan Singapura lebih baik. "Tidak ada masalah yang akan timbul dengan pembinaan jambatan tersebut," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Buku Hijau Peringkat Kebangsaan di Taman Seri Nanding, Hulu Langat, Selangor.

Perdana Menteri mengulas kenyataan Menteri Luar Singapura, George Yeo, di Parlimen Singapura, yang mendakwa sebarang langkah oleh Malaysia merobohkan Tambak Johor dan menggantikannya dengan jambatan separuh akan membawa implikasi serius.

Pada 2 Mac 2006, Yeo menegaskan, sebarang langkah persendirian (unilateral) Malaysia untuk merobohkan Tambak Johor, dalam jajahan takluk Malaysia sendiri, dan menggantikannya dengan sebuah jambatan separuh, akan membawa implikasi yang serius.

Kenyataan Yeo ini dilaporkan oleh Utusan Malaysia, Jumaat, 3 Mac 2006, dengan judul Singapura Dakwa Jambatan Malaysia Bawa Implikasi Serius. Laporan sepenuhnya adalah seperti berikut: Singapura mengulangi pendiriannya bahawa sebarang langkah oleh Malaysia meroboh tambak di sebelah bahagiannya dan menggantikan dengan jambatan separuh akan membawa implikasi serius.

Menurut Yeo, Singapura telah menjelaskan perkara berkenaan kepada Kuala Lumpur menerusi nota pihak ketiga. Katanya: "Kami menjelaskan kepada Malaysia implikasi serius ekoran langkah unilateral Malaysia untuk merobohkan tambak di sebelah bahagiannya dan menggantikan dengan Jambatan Indah, bagaimana indah sekalipun."

Daripada kenyataan Datuk Seri Abdullah Ahmad dan Yeo seperti di atas, langsung tidak terbayang sebarang tanda bahawa Kerajaan Malaysia akan membatalkan projek Jambatan Indah di Johor Bahru. Sebaliknya, Perdana Menteri yakin, projek jambatan itu "akan menjadikan perhubungan Malaysia dengan Singapura lebih baik." Sebab itulah beliau menegaskan "tidak ada masalah yang akan timbul dengan pembinaan jambatan tersebut."

Oleh itu, kalau pembinaan jambatan itu disifatkan oleh Perdana Menteri sebagai pemangkin hubungan dua hala Malaysia dan Singapura, kenapakah dengan tiba-tiba sahaja projek itu dibatalkan? Kalau pembinaan jambatan itu juga tidak akan menimbulkan sebarang masalah, kenapakah is dibatalkan dengan serta-merta?

Jadi, apakah sebenarnya yang mendorong Kerajaan Malaysia mengambil keputusan yang memeranjatkan rakyat jelata? Apakah sebenarnya yang tersembunyi di sebalik keputusan itu? Apakah yang sebenarnya mahu disembunyikan daripada kita semua? Apakah yang rakyat jelata tidak tabu dan tidak akan diberitahu oleh Kerajaan Malaysia mengenai pembatalan tersebut? Dalam keadaan seperti ini, salahkah kalau rakyat jelata tertanya-tanya? Salahkah kalau Tun Mahathir tampil menyuarakan kebenaran? Salahkah kalau Tun Mahathir menyinga bila beliau disuruh tutup mulut dan berdiam din sahaja mengenai pembatalan berkenaan?

Back

-------------------------------------------------

4. Jambatan Lambang Akrabnya Sahabat

 

Sebilangan besar rakyat jelata Malaysia bersimpati dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak. Bila Kerajaan Malaysia membatalkan projek Jambatan Indah di Johor Bahru, Datuk Seri Najib jadi pemimpin Malaysia yang amat malang sekali. Hakikatnya demikian kerana beliaulah pemimpin yang paling kerap membuat kenyataan mengenai projek terbabit sebelum itu. Seluruh kenyataan beliau adalah positif. Seluruh kenyataan beliau adalah memberangsangkan. Kesemuanya membayangkan bahawa projek itu akan dilaksanakan demi bangsa dan negara. Kesemuanya membuktikan bahawa projek itu tidak menghadapi apa-apa masalah. Tapi, bila projek Jambatan Indah dibatalkan, adalah pihak-pihak yang rnenempelak beliau dengan macam-macam kata nista dan cemuhan.

Berikut adalah sedutan kenyataan Datuk Seri Najib di Johor Bahru, pada 17 Mac 2006. Beliau mahu Singapura menjadikan pembinaan Jambatan Indah yang akan menggantikan Tambak Johor sebagai lambang hubungan dua negara yang erat. Tegas beliau, sudah tiba masanya Singapura bermuafakat dengan Malaysia atas dasar semangat kejiranan.

 

Kalau Singapura boleh bertolak ansur atas semangat kejiranan, itulah jalan terbaik untuk dua negara jiran. Jambatan ini akan jadi lambang kejiranan kedua-dua negara. Kita (Malaysia) tetap meneruskan pembinaan jambatan tersebut tanpa perlu ada sekatan daripada mana-mana pihak. Malaysia bertindak demikian kerana ia merupakan hak mutlak Malaysia sendiri.

 

Datuk Seri Najib berkata demikian ketika berucap pada majlis Pemimpin Bersama Rakyat sempena lawatannya ke projek Gerbang Selatan Bersepadu (GSB) yang dimajukan oleh Gerbang Perdana Sdn. Bhd (GPSB). Turut hadir adalah Speaker Dewan Undangan Negeri Johor, Datuk Mohd. Ali Hassan yang mewakili Menteri Besar Johor; Pengerusi GPSB, Tan Sri Razali Ismail; Pengarah Urusan GPSB Datuk Yahya A. Jalil; Ahli Parlimen Johor Bahru, Datuk Shahrir Samad dan barisan Exco Kerajaan Negeri Johor.

 

Menurut Datuk Seri Najib, idea pembinaan jambatan bagi menggantikan Tambak Johor dicetuskan oleh Tun Dr. Mahathir pada 5 Julai 1996. Tetapi, kemudiannya ia mendapat bantahan berterusan oleh Singapura. Walaupun upacara pecah tanah projek itu telah diadakan pada 14 Februari 2004, tetapi projek pembinaan itu kemudiannya dihentikan sementara bagi membolehkan kedua-dua negara mengadakan perbincangan sewajarnya.

 

Katanya lagi, pembinaan Jambatan Indah itu adalah hak Malaysia kerana ia dibangunkan di kawasan negara ini. Jadi, tiada siapa yang boleh menafikan hak Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaulat. Bersesuaian dengan hakikat tersebut, Kerajaan Malaysia memutuskan untuk menyambung dan meneruskan semula pembinaan jambatan baru yang tertangguh selama dua tahun kerana proses perbincangan.

 

Datuk Seri Najib berpendapat, pembinaan Jambatan Indah itu amat penting bagi pembangunan ekonomi negeri Johor dan negara. Ia bakal mengubah wajah Selat Tebrau dan kawasan sekitarnya. Pembinaan jambatan baru itu akan menjadikan Selat Tebrau lebih indah. Ia akan menjadikan kawasan itu sebagai tarikan utama kepada pelancong di pintu masuk selatan negara.

Pada 10 Mac 2006, Datuk Seri Najib membuat satu lagi kenyataan mengenai projek Jambatan Indah di Johor Bahru. Kenyataan itu dibuat di Pekan, Pahang. Ia dilaporkan oleh Utusan Malaysia 11 Mac 2006 dengan jodol Malaysia Ajak Singapura Sama-Sama Bina Jambatan. Laporan sepenuhnya adalah seperti berikut:

Kata Datuk Seri Najib, Malaysia akan meneruskan rundingan bersama Singapura berhubung pembinaan jambatan menghubungkan kedua-dua negara dengan matlamat mengajak republik itu turut mengambil bahagian dalam pembinaannya. Secara teknikal, masih belum terlambat bagi Singapura untuk menyertai pembinaan jambatan itu meskipun Malaysia telah memulakan projek pembinaan. Tetapi, persoalannya ialah, apakah keinginan Republik itu adalah untuk bersama-sama menyempurnakan sebuah jambatan yang lurus atau hanya melihat sahaja Jambatan Indah yang akan dibina itu.

 

Katanya, pembinaan jambatan itu tetap akan diteruskan. "Jadi sekarang yang ada ialah jambatan separuh atau Jambatan Indah. Jika Singapura bersetuju, is akan ambil bahagian."

 

Kenyataan Datuk Seri Najib yang ketiga adalah pada 20 Mac 2006. Judulnya adalah Keputusan Ruang Udara, Jual Pasir Ditentukan Kabinet. Kenyataan penuh yang dibuat di lobi Parlimen Malaysia adalah seperti berikut: Soal sama ada Malaysia akan menyerahkan ruang udara dan menjual pasir kepada Singapura kerana mahukan mereka bersetuju untuk membina jambatan lurus menggantikan Tambak Johor akan ditentukan oleh Kabinet dalam masa terdekat. Buat masa ini, Kerajaan masih menerima pandangan semua pihak untuk dibawa ke Mesyuarat Jemaah Menteri. Sebarang keputusan berhubung perkara ini akan dimaklumkan selepas mesyuarat berkenaan.

 

Beliau membuat kenyataan di atas sebagai mengulas kenyataan Pengarah Urusan Gerbang Perdana Sdn. Bhd., Datuk Yahya Jalil, dalam wawancara dengan Mingguan Malaysia 19 Mac 2006.

Datuk Seri Najib menyatakan demikian kerana penjualan pasir dan pemberian ruang angkasa Malaysia kepada Singapura akan mencemarkan kedaulatan dan maruah negara. Katanya lagi, jika Malaysia bersetuju menjual pasir kepada Singapura, ini bermakna sebanyak 200 juta meter padu pasir laut akan dihantar ke republik itu untuk melebarkan Pulau Tekong, Tuas dan Jurong. Ini juga bermakna, sebanyak 50 juta meter padu pasir setiap tahun akan disalurkan selama 20 tahun ke negara jiran tersebut. Dalam tempoh dua dekad itu, pasir berkenaan akan bersamaan saiz sebuah lagi pulau Singapura.

 

Pada 26 Mac 2006, Datuk Seri Najib pula menyatakan dalam Utusan Malaysia bahawa Pembinaan Jambatan Ganti Tambak Johor Diteruskan. Beliau membuat kenyataan itu di Seri Kembangan, Selangor. Katanya, projek pembinaan jambatan bare menggantikan Tambak Johor tidak akan ditangguhkan. Ia akan diteruskan seperti yang dirancang. Jadi, tidak berlaku sebarang kelewatan dalam kerja­kerja pembinaan projek berkenaan.

 

Seluruh kenyataan Datuk Seri Najib seperti di atas membuktikan projek Jambatan Indah di Johor Bahru memang tidak bermasalah. Rakyat jelata tidak membantah. Kerajaan Malaysia juga tidak mahu melambat-lambatkan pelaksanaannya.

Lantaran itu, kenapakah projek itu dibatalkan? Tidakkah pembatalan itu menyebabkan Datuk Seri Najib kelihatan sebagai seorang pemimpin yang berdolak-dalik? Tidakkah ini disedari oleh pihak Kerajaan? Adakah pembatalan tersebut sengaja dilakukan untuk menjadikan Datuk Seri Najib terhakis kredibalitinya? Walau apapun sebabnya, rakyat jelata faham, keputusan membatalkan projek Jambatan Indah adalah keputusan kolektif Kabinet Datuk Sri Abdullah Ahmad Badawi. Datuk Seri Najib hanya orang nombor dua yang sentiasa menjunjung prinsip taatkan perintah!

Back

-------------------------------------------------

5. Perundingan Makin Positif

 

Sewaktu Singapura disingkir keluar daripada Malaysia pada 1965, Tan Sri Syed Jaffar Albar, selaku Menteri Penerangan, adalah antara pemimpin Malaysia yang lantang dengan kritikannya terhadap Lee Kuan Yew. Hampir setiap hari beliau bertikam lidah dengan Lee Kuan Yew. Kenyataannya disiarkan secara besar-besaran dalam akhbar Malaysia, terutamanya Utusan Melayu. Beliau diberi nama jolokan Singa UMNO. Ini kerana beliau sentiasa berani, tegas dan digeruni oleh pihak Singapura.

 

Kini, anak Allahyarham Syed Jaffar Albar, iaitu Datuk Sri Syed Hamid Albar, adalah Menteri Luar. Kementeriannya memainkan peranan utama dalam merundingkan pelbagai masalah tertunggak dengan Singapura. Ini termasuklah isu pembinaan sebuah jambatan untuk menggantikan Tambak Johor di Selat Teberau, Johor Bahru, Johor.

 

Datuk Seri Syed Hamid banyak membuat kenyataan mengenai Jambatan Indah berkenaan. Pada 12 Mac 2006, beliau membuat kenyataan di Kota Tinggi. Kata beliau, pada dasarnya Singapura bersetuju supaya jambatan yang lurus dibina untuk menggantikan Tambak Johor. Bagaimanapun, katanya, keputusan Kerajaan Malaysia meneruskan pembinaan jambatan (bengkok itu) juga tidak mengganggu rundingan antara Malaysia dan Singapura. Ini kerana Jambatan Indah itu dibina dalam wilayah Malaysia.

 

Katanya, "jika rundingan berakhir dengan persetujuan Singapura membina sebuah jambatan penuh (lurus), maka is akan dilaksanakan mengikut perancangan bersama kedua-dua negara. Jika keputusan rundingan itu adalah sebaliknya, kedua-dua pihak akan berpegang pada status-quo masing-masing."

Pada 13 Mac 2006, Datuk Seri Syed Hamid pula mengatakan bahawa Malaysia tidak akan beralah kepada tuntutan tambahan Singapura, termasuklah rancangan pembinaan jambatan baru bagi menggantikan Tambak Johor.

 

Seterusnya, Datuk Seri Syed Hamid menyatakan pada 18 Mac 2006 bahawa laporan rundingan mengenai projek jambatan di Selat Teberau akan dibawa ke Kabinet. Katanya, satu laporan terperinci mengenai hasil rundingan Malaysia dengan Singapura berhubung pembinaan jambatan baru menggantikan Tambak Johor itu akan dibentangkan kepada Kabinet pada 22 Mac 2006. Katanya, basil rundingan peringkat pegawai sebelum itu telah mencapai kata sepakat untuk mengatur satu mesyuarat teknikal bagi membincangkan tuntutan tambahan Singapura. Ini termasuklah kebenaran menggunakan ruang angkasa Johor oleh jet pejuang Singapura dan konsesi pembelian pasir.

 

Sehubungan itu, katanya, Kementerian Luar perlu mendapatkan mandat daripada Kabinet sama ada untuk menghadiri mesyuarat teknikal atau sebarang arahan lain. Kalau Kabinet mengambil keputusan untuk meneruskan perundingan dengan Singapura menerusi mesyuarat teknikal, maka kita teruskan dengan perundingan tersebut. Jika tidak perlu mesyuarat teknikal, kita akan teruskan dengan pembinaan Jambatan Indah (Jambatan Indah) tanpa berunding dengan mana-mana pihak.

 

Datuk Seri Syed Hamid membuat kenyataan di atas ketika mengulas perkembangan terkini rundingan Malaysia dan Singapura selepas mencapai persetujuan berhubung beberapa perkara besar bagi merealisasikan hasrat pembinaan sebuah jambatan baru menggantikan Tambak Johor. Persetujuan berkenaan dicapai dalam rundingan terbaru Malaysia-Singapura di Putrajaya.

 

Setelah ditinjau kenyataan-kenyataan di atas, tentu rakyat jelata Malaysia mendapat gambaran bahawa projek Jambatan Indah di Johor Bahru memang tidak menghadapi sebarang masalah. Kalau projek itu bermasalah, mana mungkin Datuk Seri Syed Hamid berani berkata "kita akan teruskan dengan pembinaan Jambatan Indah tanpa berunding dengan mana-mana pihak."

 

Jadi, apakah yang tidak kena bila tiba-tiba sahaja Kerajaan Malaysia memutuskan supaya projek Jambatan Indah itu dibatalkan pelaksanaannya? Adakah keputusan itu dibuat berdasarkan fakta dan cadangan dari Kementerian Luar? Adakah keputusan itu berasaskan fakta dan cadangan elemen-elemen luar daripada Wisma Putra? Kenapakah pada masa ini Kementerian Luar seolah-olah sedang bergalas dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad?

 

Siapakah yang boleh memberikan penjelasan kepada seluruh pertanyaan di atas? Dan, dalam kemelut pembatalan projek Jambatan Indah di Johor Bahru ini, di manakah kedudukannya Datuk Seri Syed Hamid? Adakah beliau telah menjadi singa seperti Allahyarham Tan Sri Syed Jaffar Albar pada 1965? Kalaulah Datuk Seri Syed Hamid kini menjadi seekor singa yang digeruni oleh Singapura, kenapakah pula Tun Dr. Mahathir yang kini sedang menyinga?

 

Back

-------------------------------------------------

6. Jambatan Indah Tetap Dibangun

 Kini., naluri ingin tahu dalam diri saya dan segolongan rakyat Malaysia, kian melonjak-lonjak. Semakin banyak kenyataan pemimpin besar Malaysia yang saya kaji dan perincikan, semakin melonjak-lonjaklah naluri itu. Ia ingin tahu, apakah sebab sebenar Jambatan Indah di Johor Bahru, Johor, dibatalkan dengan sekelip mata? Ia ingin tahu, kenapakah Kerajaan Malaysia memberikan rasional yang kelihatan mengelirukan mengenai pembatalan projek tersebut? Dan, kenapakah sekarang ini wujud pelbagai andaian dan spekulasi liar mengenai pembatalan itu?

Kepimpinan negara nampaknya berpuas hati dengan rasional pembatalan itu. Tetapi, sesetengah media arus perdana, khususnya media berbahasa Inggeris yang tertentu, kelihatannya sedang bekerja keras untuk memperkecil-kecilkan sebarang usaha memberikan suara alternatif kepada pembatalan berkenaan. Sasaran utama mereka, nampaknya, adalah mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

 

Apa yang berlaku ke atas Tun Dr. Mahathir disedari oleh banyak pihak. Contohnya, saya pernah menghadiri suatu majlis deklamasi puisi di Kuala Lumpur, kira-kira tiga minggu sesudah pembatalan projek Jambatan Indah itu. Anehnya, isu pembatalan projek jambatan tersebut masih membara di majlis berkenaan. Tindakan sesetengah akhbar mempermain-mainkan Tun Dr. Mahathir dalam isu pembatalan Jambatan Indah itu menjadi bahan sindiran yang pedas dan tajam di kalangan penyair dalam majlis itu.

 

Apa yang terjadi di majlis penyair itu mungkin tidak mencerminkan reaksi menyeluruh di kalangan rakyat jelata, di seluruh negara. Tetapi, itulah realitinya. Realiti ini wujud kerana sebelum hari pembatalannya, majoriti pemimpin besar Malaysia memang sentiasa memperkatakan perkara yang positif mengenai Jambatan Indah terbabit.

 

Contohnya, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu, menyatakan di Klang pada 11 Mac 2006, bahawa pembinaan Jambatan Indah bagi menggantikan Tambak Johor akan tetap diteruskan walaupun Singapura menghantar nota pihak ketiga kepada Malaysia bagi meminta penjelasan mengenai simbolik kerja-kerja pembinaannya kelmarin.

Katanya, pembinaan tersebut tidak boleh ditangguhkan, apatah lagi setelah is mengalami sedikit kelewatan. Katanya lagi, beliau percaya Kementerian Luar akan terus mengadakan perbincangan dengan Singapura mengenai isu tersebut. Pada masa yang sama, kerja-kerja pembinaan di kawasan sempadan Malaysia di Johor Bahru perlu diteruskan.

Datuk Seri Samy Vellu juga menegaskan bahawa beliau telah mengarahkan kontraktor (Gerbang Perdana Sdn. Bhd.) memulakan kerja-kerja pembinaan. Apabila ada apa-apa persetujuan daripada kedua-dua Kerajaan untuk membina Jambatan Indah itu terus ke Singapura, barulah kita akan melaksanakannya.

Datuk Seri Samy Vellu menyatakan demikian ketika mengulas tindakan Singapura menghantar nota pihak ketiga kepada Malaysia bagi meminta penjelasan mengenai satu laporan dalam media Malaysia yang menyatakan bahawa Malaysia secara simbolik melancarkan kerja-kerja pembinaan Jambatan Indah.

Singapura dikatakan terkejut dengan komen Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Ir. Mohd. Zin Mohamed, di Johor Bahru, bahawa Malaysia secara simbolik melancarkan kerja pembinaan Jambatan Indah yang dijangka mula beroperasi menjelang April 2009.

Maka, sekali lagi jelaslah kepada kita bahawa projek Jambatan Indah di Johor Bahru itu adalah satu projek yang tidak bermasalah. Walau pun terdapat beberapa nota bantahan daripada Singapura, kesemua pemimpin besar Malaysia tetap menyatakan yang projek itu akan terus dilaksanakan.

Jadi, siapa yang tidak kehairanan, bila pada 12 April 2006, Kerajaan Malaysia membatalkan projek itu untuk mengelakkan "implikasi dan komplikasi undang-undang yang akan berbangkit."

Tidakkah kenyataan seperti di atas mencerminkan sesuatu yang tidak kena? Mana mungkin sebuah Kerajaan yang bercita-cita membina jambatan itu sejak 1996, tidak pernah melakukan kajian dari segi impak dan implikasi undang-undangnya?

Dan, betul atau palsu, bahawa Tun Dr. Mahathir sebenarnya sudah memperolehi nasihat undang-undang mengenai projek tersebut? Bukankah sekumpulan peguam, termasuk pakar di bidang perundangan antarabangsa, telah memberikan nasihat undang-undang yang positif terhadap projek itu? Bukankah benar, pakar-pakar undang-undang terbabit pernah menyatakan, kononnya, kalau diheret ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pun, Malaysia tetap akan memenangi kes tersebut?

Kalau desas-desus mengenai nasihat undang-undang seperti ini tidak palsu, apakah yang akan terjadi kalau suatu hari nanti ada pihak yang mungkin mengheret Kerajaan Malaysia ke mahkamah untuk membuktikan bahawa keputusan pembatalan projek Jambatan Indah itu adalah salah?

 

Back

-------------------------------------------------

7. Acara Simbolik Jambatan Indah

 

Amat sukar untuk difahami. Sangat sulit untuk dipercayai. Sesiapa yang mengikuti perkembangan berita mengenai projek Jambatan Indah pada 9 Mac 2006, pasti tidak akan percaya, projek itu akan dibatalkan kira-kira 35 hari sesudah itu. Ini kerana pada hari itu, keghairahan untuk membina Jambatan Indah merentangi Selat Teberau, Johor Bahru, ternyata kian memuncak. Keghairahan itu dimanifestasikan menerusi kehadiran Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Ir. Mohd. Zin Mohamed, di selat itu pada hari berkenaan. Beliau berdiri di atas sebuah tongkang di selat itu. Beliau berbuat begitu untuk menyempurnakan satu majlis yang amat simbolik. Dari atas tongkang itulah beliau melancarkan majlis kerja-kerja uji tanah di dasar laut. Maka, secara simbolik, bermulalah kerja-kerja pembinaan Jambatan Indah di perairan Malaysia.

Menurut Utusan Malaysia 10 Mac 2006, proses pembinaan jambatan itu dijangka siap dalam tempoh 36 bulan. Ini bermakna jambatan itu dijangka mula beroperasi menjelang 1 April 2009. Sebagai tanda rasa ikhlas Malaysia terhadap Singapura, satu reka bentuk jajaran akan disediakan sekiranya negara itu setuju membina Jambatan Indah di wilayahnya sendiri di masa akan datang.

Jambatan Indah itu akan disambung dengan Kompleks Kastam Imigresen dan Kuarantin (CIQ). Gerbang Perdana bernilai RM1.26 bilion yang dijadualkan mula beroperasi sepenuhnya pada 1 Januari 2007.

Menurut Datuk Mohd. Zin, Jabatan Kerja Raya telah mengarahkan Gerbang Perdana Sdn. Bhd. memulakan kerja-kerja pembinaan jambatan tersebut, walaupun Singapura telah menghantar nota bantahan melalui pihak ketiga kepada Malaysia. Jambatan Indah itu akan diteruskan pembinaannya kerana Kerajaan Malaysia bertanggungjawab penuh dengan projek pembinaan CIQ. Bagaimanapun, kerja-kerja pembinaan yang dijalankan hanyalah dalam wilayah perairan Malaysia.

Katanya lagi, pembinaan Jambatan Indah itu akan dilakukan sehingga ke kawasan perairan di sempadan antarabangsa. Malaysia telah merizabkan jarak 20 meter daripada sempadan di mana jambatan itu akan disambung semula dengan Tambak Johor dalam wilayah Singapura.

Bagaimanapun, tambah beliau, pada jambatan yang di bina di perairan Malaysia, satu reka bentuk jajaran telah dibuat. Ini dilakukan dengan mengambil kira jika Singapura mengubah fikiran, is boleh disambung pada bahagian hujung jambatan berkenaan.

Datuk Mohd. Zain juga berkata, jambatan sepanjang kira-kira 470 meter dengan ketinggian 25 meter itu dibina mengikut piawaian antarabangsa dengan kecerunan 4.5 peratus. Kadar kecerunan itu jauh lebih rendah daripada keperluan piawaian antarabangsa, iaitu 6 peratus. Ini akan membolehkan semua jenis kapal dagang dan persiaran melepasi bahagian bawah jambatan tersebut.

Majlis simbolik yang disempurnakan oleh Datuk Mohd. Zin, secara tidak rasmi, seolah-olah menerima restu Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak selaku Timbalan Perdana Menteri. Sebab itulah Datuk Seri Najib melawat ke lokasi pembinaan Jambatan Indah di Johor Bahru pada 17 Mac 2006. Dalam lawatan itu, Datuk Seri Najib mahu Singapura menjadikan pembinaan Jambatan Indah yang akan menggantikan Tambak Johor sebagai lambang hubungan dua negara yang erat. Tegas beliau, sudah tiba masanya Singapura bermuafakat dengan Malaysia atas dasar semangat kejiranan.

Kalau Singapura boleh bertolak ansur atas semangat kejiranan, itulah jalan terbaik untuk dua negara jiran. Jambatan ini akan jadi lambang kejiranan kedua-dua negara. Kita (Malaysia) tetap meneruskan pembinaan jambatan tersebut tanpa perlu ada sekatan daripada mana-mana pihak. Malaysia bertindak demikian kerana ia merupakan hak mutlak Malaysia sendiri.

Beliau juga menyatakan bahawa pembinaan Jambatan Indah itu adalah hak Malaysia kerana ia dibangunkan di kawasan negara ini. Jadi, tiada siapa yang boleh menafikan hak Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaulat. Bersesuaian dengan hakikat tersebut, Kerajaan Malaysia memutuskan untuk menyambung dan meneruskan semula pembinaan jambatan barn yang tertangguh selama dua tahun kerana proses perbincangan.

Demikianlah indah dan simboliknya majlis yang disempurnakan oleh Datuk Mohd. Zin pada 9 Mac 2006, dan seolah-olah direstui oleh Datuk Seri Najib pada 17 Mac 2006. Tanpa disedari, majlis simbolik itu adalah juga simbolik kepada komitmen Berta keghairahan Kerajaan Malaysia untuk membina jambatan berkenaan mulai 2006. Majlis itu juga menjadi simbol bahawa Kerajaan Malaysia tetap mahu melaksanakan projek Jambatan Indah itu demi bangsa dan negara.

Maka, sekali lagi wajar ditanya, kenapakah 35 hari sesudah majlis simbolik itu, Kerajaan Malaysia membatalkan projek Jambatan Indah yang berkenaan? Apakah Kerajaan Malaysia telah membuat kajian mendalam sebelum membuat keputusan itu?

Back

-------------------------------------------------

8. Singapura Perleceh Kedaulatan Malaysia?

 

Apa orang nak kata, katalah. Saya tidak peduli. Saya tidak takut dikecam. Saya tidak takut dihentam. Saya berpendirian begini terhadap Singapura kerana pada hakikatnya, negara itu memang duri dalam daging kepada Malaysia. Sejak dulu sampai sekarang, negara itu tidak putus-putus menyusahkan Malaysia. Waktu kita merdeka pada 1957, negara itu masih jadi tanah jajahan takluk Inggeris. Kemudiannya, dia merayu-rayu untuk jadi sebahagian daripada negara kita. Katanya, kalau dia berpendirian, Kerajaan demokratik di pulau itu mungkin boleh dimansuhkan oleh kuasa-kuasa komunis yang sedang mara di beberapa negara di rantau Asia Tenggara. Lantaran itu, Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj, pun setuju Singapura menganggotai Malaysia pada 1963.

Tetapi, kemasukan Singapura ke dalam Malaysia, bersama Sabah dan Sarawak, tidak menjadi noktah akhir kepada kedangkalan sikapnya terhadap negara kita. Kira-kira setahun berada dalam Malaysia, seorang pemimpin besar Singapura pun mula berlagak sebagai juara kaum Cina di Malaysia Semenanjung. Dia menyalak dan melalak dengan slogan-slogan kabur dan mengelirukan. Dia bermain-main dengan api dan sentimen kaum. Dia menyemarakkan perjuangan konsep Malaysian Malaysia. Kononnya, konsep itulah yang akan menterjemahkan prinsip-prinsip sama rata, sama rasa dalam seluruh aspek kehidupan rakyat Malaysia.

 

Menurut Timbalan Perdana Menteri pada ketika itu, Tun Abdul Razak Hussein, setelah pemimpin Singapura yang berkenaan cedar. puji-pujian dan tanda muhibahnya tidak dapat memikat hati UMNO untuk berasa selesa dengan sebuah parti di Singapura, kepimpinan parti itu pun menyerang dan mengecam UMNO dan orang-orang Melayu. Matlamatnya untuk mengugut UMNO dan orang-orang Melayu sehingga UMNO terpaksa menerima parti berkenaan sebagai sahabatnya.

 

Kata Tun Razak lagi, parti di Singapura itu juga berhasrat berkongsi Kerajaan dengan UMNO di Malaysia Semenanjung. Untuk mencapai matlamatnya, parti berkenaan telah menggunakan satu taktik yang baru. Ia menggunakan cogankata Malaysian Malaysia. Menerusi cogankata itu, parti berkenaan berharap dapat sokongan orang-orang bukan Melayu.

Tun Razak merumuskan bahawa konsep Malaysian Malaysia adalah konsep perkauman yang berbahaya kepada kelangsungan rakyat Malaysia berbilang keturunan, kebudayaan, ekonomi dan agama. Sebab itulah konsep tersebut ditolak mentah-mentah oleh orang Melayu. Sebab itulah juga Tun Razak menyifatkan perjuangan Malaysian Malaysia adalah perjuangan anti-Melayu.

Akibatnya, parti MCA, rakan kongsi UMNO dalam Perikatan, pun jadi kurang mantap. Parti itu difitnahkan oleh segelintir rakyat keturunan Cina, kononnya sebagai pengkhianat kepada aspirasi kaumnya. Tunku Abdul Rahman tidak bertoleransi dengan perkembangan itu. Beliau pun menggerakkan seluruh jentera propagandanya untuk melunturkan perjuangan Malaysian Malaysia.

Begitulah ringkasan sejarah dan latarbelakang Singapura di dalam Malaysia. Republik itu disingkirkan keluar daripada Malaysia pada 1965. Mulai ketika itu, bermulalah sejarah Singapura merdeka yang kini jadi jiran Malaysia di selatan tanah air. Mulai ketika itu juga, Malaysia dan Singapura jadi jiran yang pernah berkongsi sejarah. Mulai itulah juga, Singapura seolah-olah menjadi duri dalam daging kepada Malaysia.

 

 Saya terpaksa mengimbas kembali realiti sejarah ini untuk membolehkan kita memahami minda, psaikologi, sikap dan pendekatan Singapura dalam berurusan dengan Malaysia pada hari ini. Saya juga menghuraikan realiti sejarah di atas supaya kita faham, Singapura memang sentiasa berurusan dengan Malaysia menerusi persepsi yang penuh cemburu dan curiga. Ada saat dan ketikanya, Singapura juga kelihatan berurusan dengan Malaysia seolah-olah berlandaskan sikap dengki yang berpanjangan. Aneh sungguh. Ini semua terjadi, walaupun Malaysia sentiasa berpegang teguh kepada prinsip perkayakan jiran anda yang dipelopori Tun Dr. Mahathir Mohamad sejak awal tahun 80-an.

 

Oleh itu, adakah kita terperanjat, bila pada 3 April 2006, Singapura mengatakan is tidak dapat menerima hakikat bahawa Malaysia berhak membuat keputusan sendiri untuk membina separuh daripada jambatan yang akan menggantikan Tambak Johor? Adakah kita terkejut, bila kenyataan itu dibuat, kononnya kerana tindakan unilateral oleh Malaysia mempunyai kesan terhadap Singapura?

 

Menurut Menteri di Jabatan Perdana dan Menteri Luar Kedua Singapura, Raymond Lim, sebarang langkah merobohkan Tambak Johor di kawasan Malaysia boleh melibatkan kedua-dua negara. Tindakan itu juga boleh melibatkan paip yang membekalkan air dari Johor ke Singapura.

 

Lantaran itu, katanya, Singapura tidak akui Malaysia mempunyai hak membuat keputusan sendiri untuk merobohkan tambak di kawasannya dan menggantikannya dengan jambatan separuh. Pendirian ini, kata beliau, sentiasa disampaikan menerusi saluran diplomatik.

 

Lim berkata, pendirian di atas diambil setelah pihak berkuasa Singapura mendapat nasihat pakar perundangan. Apa juga kerja besar di tambak itu, yang juga mempunyai paip bekalan air kepada Singapura, akan memberi kesan kepada Singapura dan Malaysia dalam beberapa perkara yang penting bagi kedua-dua negara.

 

Lim berkata cadangan pembinaan sebuah jambatan penuh akan melibatkan perbelanjaan tinggi tanpa memberi banyak manfaat kepada Singapura. Bagaimanapun, atas semangat kejiranan, Singapura sedia menimbang cadangan Malaysia untuk menggantikan tambak sedia ada dengan sebuah jambatan yang lurus, sekiranya kedua-dua pihak mendapat manfaat yang setara.

 

Kenyataan Lim seperti di atas sebenarnya mempertikaikan maruah dan kedaulatan Malaysia. Inilah salah satu bukti sikap duri dalam daging yang sering ditonjolkan oleh Singapura. Sikap seperti ini tidak boleh dipandang ringan. Ia tidak boleh dipandang ringan kerana Singapura sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat tidak sewajarnya diizin untuk mempertikaikan hak kedaulatan Malaysia. Kenyataan seperti ini perlu disangkal dan dipertikaikan dengan ketegasan yang paling maksima oleh Kerajaan Malaysia. Kalau tidak, kita akan disifatkan sebagai dayus.

Bagaimanapun, dalam konteks penghujahan ini, kenyataan Lim seperti di atas tidak pula mencerminkan sebarang masalah kepada usaha Malaysia membina Jambatan Indah di wilayahnya sendiri di Selat Teberau. Kalau hakikatnya begitu, kenapakah tiba-tiba sahaja Kerajaan Malaysia membatalkan pembinaan Jambatan Indah di Selat Teberau? Kenapa?

Back

-------------------------------------------------

9. Jambatan Indah Tiba-tiba Batal

 

Cakap berdegar-degar, tahi tersangkut di gelegar. Hangat-hangat tahi ayam. Indah khabar dari rupa. Cakap tak serupa bikin. Masuk angin, keluar asap. Itulah antara barisan kata-kata emosi yang menghambur keluar daripada banyak pihak di Malaysia, terutamanya di Johor, pada 12 April 2006. Mereka kecewa kerana Kerajaan Malaysia membatalkan projek Jambatan Indah yang bakal merentangi Selat Teberau, di Johor Bahru, Johor. Mereka tambah kecewa bila Kerajaan Malaysia juga memberhentikan semua rundingan dengan Singapura bersabit pembinaan jambatan itu. Keputusan tersebut dibuat setelah mengambil kira suara dan sentimen rakyat Malaysia keseluruhannya, terutamanya berkenaan bekalan pasir dan ruang udara. Pembatalan projek dan perundingan berkenaan diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, menerusi satu kenyataan akhbar sepanjang satu perenggan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya.

Sepanjang kira-kira dua bulan sebelum itu, majoriti rakyat jelata Malaysia betul-betul rasa teruja. Setiap kali timbul kenyataan negatif daripada Singapura mengenai Jambatan Indah yang akan dibina di Selat Teberau, maka setiap kali itulah juga mereka mendapat reaksi yang positif daripada para pemimpin Malaysia. Hakikat ini menjadikan projek Jambatan Indah seolah-olah sebagai pemangkin kepada penyemarakan semangat patriotisme di kalangan rakyat jelata Malaysia. Hakikatnya begitu kerana Jambatan Indah itu akan jadi satu simbol keunggulan, ketegasan dan kebijaksanaan pemikiran pemimpin-pemimpin besar Malaysia merdeka. Hakikatnya juga begitu kerana kumpulan pakar yang akan mengendalikan pembinaan Jambatan Indah itu adalah terdiri daripada anak-anak Malaysia.

 

Sebab itulah bila Menteri Luar Singapura, George Yeo, bersuara di Parlimen Singapura pada 2 Mac 2006, bahawa "sebarang langkah oleh Malaysia meroboh tambak di sebelah bahagiannya dan menggantikannya dengan jambatan separuh akan membawa implikasi serius," (rujuk Bab Satu) Datuk Seri Abdullah menyatakan dalam Utusan Malaysia 4 Mac 2006, bahawa pembinaan Jambatan Indah itu tidak akan menimbulkan sebarang masalah, walaupun Singapura mendakwa ia boleh mendatangkan implikasi yang serius. Katanya. tidak ada masalah yang akan timbul dengan pembinaan jambatan tersebut. Sebaliknya, pembinaan jambatan itu akan menjadikan perhubungan Malaysia dengan Singapura lebih baik. Kenyataan itu memperkukuhkan kenyataan Datuk Seri Abdullah pada 10 Februari 2006 bahawa Malaysia tetap akan meneruskan pembinaan jambatan itu sama ada dengan persetujuan Singapura atau tidak. (rujuk Bab Dua).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak, pula mengulas kenyataan Yeo seperti berikut: Kalau Singapura boleh bertolak ansur atas semangat kejiranan, itulah jalan terbaik untuk dua negara jiran. Jambatan Indah akan jadi lambang kejiranan kedua-dua negara. Malaysia tetap akan meneruskan pembinaan jambatan tersebut tanpa perlu ada sekatan daripada mana-mana pihak. Malaysia bertindak demikian kerana ia merupakan hak mutlak Malaysia sendiri.

Pada 13 Mac 2006, Menteri Luar, Datuk Seri Syed Hamid Albar pula mengatakan bahawa Malaysia tidak akan beralah kepada tuntutan tambahan Singapura, termasuklah rancangan pembinaan jambatan baru bagi menggantikan Tambak Johor. (Rujuk Bab Empat).

Seterusnya, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu, menyatakan di Klang pada 11 Mac 2006, pembinaan Jambatan Indah bagi menggantikan Tambak Johor akan tetap diteruskan walaupun Singapura menghantar nota pihak ketiga kepada Malaysia bagi meminta penjelasan mengenai simbolik kerja-kerja pembinaannya pada 9 Mac 2006. Katanya, pembinaan tersebut tidak boleh ditangguhkan, apatah lagi setelah is mengalami sedikit kelewatan. (Rujuk Bab Lima).

Begitulah keadaannya. Mana-mana manusia yang berfikir akan berasa terkejut dengan pengumuman pembatalan projek Jambatan Indah pada 12 April 2006. Seluruh rakyat jelata Malaysia yang sentiasa mengikuti perkembangan projek jambatan itu pastinya akan berasa terkedu hati dan terus mencari-cari akan kebenaran yang sebenar-benarnya.

 

Memang Datuk Seri Abdullah berkata, pembatalan itu adakah untuk mengelakkan implikasi dan komplikasi undang-undang yang akan berbangkit kelak. Memang beliau menyatakan, Jemaah Menteri telah membincangkan projek Jambatan Indah itu pada mesyuarat mingguannya pada hari pembatalan berkenaan. Memang Datuk Seri Abdullah juga berkata, Jemaah Menteri berpendapat, sekiranya Malaysia meneruskan projek itu, akan timbul implikasi dan komplikasi undang-undang. Memang masalah "akan timbul apabila kita hendak potong tambak, laluan paip air dan laluan kereta api yang sedia ada untuk disambungkan dengan jambatan yang baru."

 

Tetapi, betulkah ada perbincangan mengenai Jambatan Indah dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada 12 April 2006? Kalau ada, adakah perbincangan itu berasaskan satu Kertas Kabinet yang komprehensif? Benarkah mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, sebenarnya sudah memperolehi nasihat undang-undang dari pakar undang-undang antarabangsa mengenai projek Jambatan Indah? Bukankah beliau sudah melakukan kajian yang menyeluruh mengenai implikasi dan komplikasi undang-undang membabitkan projek Jambatan Indah?

 

Pada waktu yang sama, adakah soal maruah dan kedaulatan negara-bangsa Malaysia memang benar-benar disorot secara terperinci sebelum Kerajaan Malaysia mengambil keputusan untuk membatalkan projek berkenaan? Soalan ini wajar dihalusi kerana projek Jambatan Indah itu sebenamya mempunyai pelbagai matlamat yang strategik kepada kelangsungan Malaysia di abad ke-21. Antara matlamat itu terkandung dalam sedutan wawancara Mingguan Malaysia dengan Datuk Prof. Khoo Kay Kim, pada 16 April 2006. seperti berikut:

 

Tambak Johor siap dibina pada tahun 1924 untuk memberi manfaat kepada Singapura. Tambak ini memainkan peranan sangat besar dalam sistem ekonomi Singapura. Kalau dipecahkan untuk membenarkan Selat Tebrau digunakan, ini bererti kapal-kapal dari Barat ke Laut China Selatan atau sebaliknya, tidak lagi perlu menggunakan Tanjung Pagar. Dan, oleh kerana di Johor sudah dibina Pelabuhan Tanjung Pelepas, semua keuntungan akan pergi kepada Johor. Kalau Selat Tebrau mula dibuka kepada kapal, sudah tentu kedudukan Singapura sebagai pelabuhan antarabangsa akan merosot. Jadi, Tambak Johor penting kepada Singapura. Tambak ini akan memastikan Tanjung Pagar kekal dengan potensinya yang ada sekarang. Tambak ini juga akan memastikan Malaysia tidak menggantikan Singapura sebagai pelabuhan utama di rantau Asia Tenggara.

Apa yang ditegaskan oleh Datuk Prof. Khoo seperti di atas, mengandungi matlamat yang tersirat dan strategik di sebalik pembinaan projek Jambatan Indah di Selat Teberau. Hakikat inilah antara matlamat strategik yang mengilhamkan Tun Dr. Mahathir dengan idea pembinaan jambatan berkenaan. Matlamat ini sudah menjadi rahsia yang terbuka. Ia sudah dikaji dan diketahui oleh Singapura. Matlamat ini perlu terus diperjuangkan. Matlamat ini tidak wajar dikesampingkan dengan sewenang-wenangnya.

Laman web Marhaen.com pula menyiarkan pada 14 April 2006, satu tulisan berjudul A Bridge To Nowhere. Dalam tulisan itu, dinyatakan bahawa projek Jambatan Indah adalah satu-satunya projek yang mempunyai kepentingan nasional dan kepentingan strategik. Apabila siap kelak, projek itu akan memunculkan gandaan ekonomi yang besar kepada Johor dan Malaysia. Ia akan jadi satu mercu tanda internasional. Ia juga akan mencetuskan manfaat sosio-ekonomi dan politik kepada negara ini.

Laman web kmu.net.my pula menyatakan, pembinaan jambatan, dalam apa jua bentuk, bagi menggantikan Tambak Johor, adalah satu strategi yang sangat rapi yang dicetuskan oleh Tun Dr. Mahathir untuk bersaing dengan Singapura. Jambatan itu akan jadi ibu segala akses pembangunan di sekitar Johor Bahru Selatan. Strategi yang diperhalusi oleh profesional-profesional Malaysia sebagai maha hebat mampu menjana ekonomi yang menggunung dengan aktiviti dagangan pelbagai sektor.

Rangkaian pelabuhan di Selat Johor-Selat Tebrau, seperti Pelabuhan Johor, Pelabuhan Tanjung Pelepas, pelabuhan sokongan Tanjung Langsat dan pelabuhan ringan di perairan sungai Batu Pahat, itu semua akan beroperasi dengan hebat apabila terpecahnya Tambak Johor yang membuatkan kapal-kapal mewah dan dagang saiz kecil boleh melaluinya.

Demikianlah beberapa pendapat umum mengenai Jambatan Indah. Saya pasti Datuk Seri Abdullah dan Kerajaan Malaysia amat arif akan matlamat berkenaan. Saya juga pasti majoriti anggota Jemaah Menteri Malaysia menginsafi matlamat tersebut. Ini kerana Datuk Seri Abdullah serta sebilangan besar anggota Jemaah Menterinya pun pernah berkhidmat di bawah kepimpinan Tun Dr. Mahathir. Jadi, apa sebab projek Jambatan Indah dibatalkan dalam keadaan yang seolah­olah diserkupi misteri dan konspirasi? Mengapakah boleh jadi begitu? Inilah persoalan utama yang akan terus menghantui pihak-pihak yang prihatin terhadap usaha menjunjung maruah dan kedaulatan negara­bangsa Malaysia mutakhir di abad ke-21.

Datuk Seri Abdullah boleh berkata apa saja mengenai pembatalan projek Jambatan Indah di Selat Teberau. Beliau boleh berkata, keputusan yang dibuat bukan disebabkan tekanan daripada mana-mana pihak, termasuk Singapura. Beliau boleh berkata. keputusan itu dibuat setelah mengambil kira perasaan dan sentimen rakyat yang tidak mahu pasir dan ruang udara diberikan kepada Singapura. Beliau juga boleh berkata, sebarang rundingan dua hala dengan Singapura selepas pembatalan berkenaan tidak akan menyentuh lagi mengenai soal jambatan, pasir dan ruang udara.

Tetapi, sedialah menerima hakikat bahawa kata-kata di atas tidak dapat menyakinkan sebahagian rakyat jelata Malaysia yang kecewa. Mereka kecewa kerana pembatalan projek Jambatan Indah adalah satu keputusan strategik yang nampaknya seolah-olah merugikan negara-bangsa Malaysia seluruhnya. Ia merupakan satu keputusan yang merugikan kerana is menyebabkan negara-bangsa Malaysia kehilangan peluang memperkasakan dirinya dalam aspek perdagangan, perniagaan, dan juga geopolitik.

Maka, bayangkanlah sendiri, bagaimanakah sejarah akan mengkategorikan keputusan membatalkan projek Jambatan Indah ini. Bayangkanlah sendiri, apakah rangkaian kata-kata yang akan tercatat dalam lipatan sejarah negara-bangsa Malaysia moden mengenai pembatalan tersebut. Bayangkanlah.

Back

-------------------------------------------------

10. Keputusan Kerajaan Tunai Hasrat Rakyat

 

Rasa kecewa di kalangan sekelompok rakyat jelata Malaysia terhadap pembatalan projek Jambatan Indah terus dirasakan t .ampai hari ini. Bagaimanapun, hakikat ini tidak menerima ruang dan w-adah dalam mana-mana media arus perdana. Hakikat ini tidak boleh dipertikaikan. Ini lumrah. Tetapi, bila Lidah Pengarang Utusan Malaysia menyatakan bahawa keputusan Kerajaan Malaysia membatalkan projek Jambatan Indah di Johor Bahru sebagai satu keputusan yang memenuhi hasrat rakyat jelata, pastikanlah sendiri hakikat dan realitinya. Berikut adalah kandungan Lidah Pengarang itu yang sepenuhnya.

Keputusan Kerajaan untuk tidak meneruskan pembinaan jambatan bagi menggantikan Tambak Johor adalah langkah tegas yang memenuhi hasrat rakyat Malaysia. Ini kerana dengan berbuat demikian, Kerajaan juga memberhentikan semua rundingan bersabit dengan jambatan berkenaan dan sekaligus menghindarkan negara daripada terus berhadapan dengan soal kehendak Singapura terhadap bekalan pasir dan ruang udara.

Sesungguhnya, soal bekalan pasir dan ruang udara merupakan isu kedaulatan negara yang tidak boleh dikompromi. Sentimen rakyat, khususnya di Johor, menolak sebarang tolak ansur berhubung perkara-perkara itu.

Dengan tidak meneruskan pembinaan jambatan, Kerajaan telah menyingkirkan soal bekalan pasir dan ruang udara sebagai bahan tawar-menawar dalam rundingan antara kedua-dua negara. Pun begitu, kedua-dua soal itu sepatutnya tidak berkaitan dengan pembinaan jambatan, tetapi Singapura telah menggunakannya untuk memberi tekanan kepada Malaysia.

Malah, walaupun cadangan Jambatan Indah yang bengkok itu tidak menyentuh kawasan Singapura, tetapi sikap Republik berkenaan yang terus mencari jalan mempertikaikannya dengan hasrat mahu membawanya ke mahkamah antarabangsa, maka keputusan Kerajaan itu adalah wajar dari segi jangka masa panjang dan untuk generasi akan datang.

Sememangnya kita percaya Malaysia boleh berdepan dengan Singapura di mahkamah antarabangsa. Tetapi, langkah itu akan menjadi berlarutan dan membabitkan isu-isu lain yang tidak berkaitan.

Walaupun rakyat negara ini memerlukan Jambatan Indah yang berbentuk bengkok bagi menggantikan tambak tetapi kita tidak sama sekali mahu mengorbankan kedaulatan negara dengan kompromi berhubung ruang udara dan bekalan pasir untuk mendirikannya.

Kita terima keputusan Kerajaan dalam soal jambatan ini sebagai tepat dan is menggambarkan ketegasan Kerajaan untuk tidak tunduk kepada kehendak Singapura dalam soal kedaulatan Negara, iaitu berhubung dengan bekalan pasir dan ruang udara.

Lagipun, adalah menjadi amalan Kerajaan untuk mendengar sentimen dan hasrat rakyat berhubung isu-isu besar seperti ini. Tidak seperti di negara-negara tertentu yang membuat keputusan besar tanpa menghiraukan hasrat dan kehendak rakyat mereka.

Demikianlah pendapat Utusan Malaysia. Apa yang disuarakan adalah benar. Kita tidak pertikaikan hal berkenaan. Tetapi, rakyat jelata juga tabu bahawa dalam apa Baja perundingan, Singapura memang sentiasa mahu memastikan dia tidak akan kalah kepada Malaysia. Jadi, dalam konteks pembatalan projek Jambatan Indah, adakah Singapura menganggap dirinya sebagai pemenang? Bagaimanakah pula Malaysia melihat perkara ini?

 

Singapura memang terkejut dengan keputusan Kerajaan Malaysia membatalkan pembinaan sebuah jambatan bagi menggantikan Tambak Johor. Dalam kenyataan satu perenggan, Kementerian Luar Singapura berkata: "Kami terperanjat dengan keputusan mengejut ini sedangkan rundingan bagi membina sebuah jambatan masih dijalankan."

 

Tetapi, apa kata akhbar-akhbar Singapura? Straits Times berpendapat, pengumuman pembatalan projek Jambatan Indah itu "dibuat tiba-tiba" dan kononnya mengejutkan Singapura. Akhbar itu juga membayangkan, pembatalan itu merupakan tindakan yang betul. Business Times menyifatkan keputusan Malaysia sebagai sesuatu yang meredakan perbalahan antara Malaysia dan Singapura. Akhbar tabloid Today pula melaporkan isu itu dengan tajuk berita yang sinis, iaitu Bridge project dies unborn atau Projek Jambatan Terkubur Sebelum Dilahirkan.

 

Jadi, begitulah hakikatnya. Pembatalan projek Jambatan Indah boleh ditafsirkan mengikut warna dan suasana yang berbeza. Kerajaan Malaysia berkata, is tidak dilakukan atas desakan dan tekanan oleh mana-mana pihak. Para pemimpin Malaysia pula berkata, pembatalan itu dilakukan kerana Kerajaan Malaysia tidak rela menggadaikan maruah dan kedaulatan negara-bangsa Malaysia kepada Singapura. Tetapi, kalau sanggup dihalusi matlamat yang tersirat di sebalik pelaksanaan projek Jambatan Indah, kita akan faham dan insaf, bahawa dengan tidak disengajakan, sebenarnya kita seolah-olah merendahkan martabat, maruah serta kedaulatan negara­bangsa Malaysia yang cuba diperkasakan oleh Tun Dr. Mahathir.

 

Back

-------------------------------------------------

11. Sepucuk Warkah Untuk Bangsaku

 

Kesal dan kecewa. Tun Dr. Mahathir Mohamad nampaknya kesal dan kecewa dengan keputusan Kerajaan Malaysia membatalkan projek Jambatan Indah di Johor Bahru. Tun Dr. Mahathir kelihatan kesal dan kecewa kerana beliau amat prihatin terhadap kejayaan projek itu. Beliau kesal dan kecewa kerana jambatan yang dijangka merentangi Selat Teberau itu lahir daripada cetusan ilhamnya sendiri. Beliau kesal dan kecewa kerana beliau mengharapkan projek itu akan menjadi manifestasi persahabatan Malaysia-Singapura sepanjang hayat. Beliau kesal dan kecewa kerana beliau mahu projek itu diwariskan kepada rakyat jelata daripada kedua-dua negara di semua zaman. Beliau kesal dan kecewa kerana beliau mahu menjadikan projek itu sebagai bukti Malaysia dan Singapura adalah dua negara yang sentiasa berkongsi sejarah dan kegemilangan. Lantaran itu, bila Kerajaan Malaysia mengambil keputusan membatalkan projek berkenaan, Tun Dr. Mahathir pun menjadi satu-satunya warga Malaysia yang paling resah dan kecewa. Beliau resah kerana pembatalan itu mencerminkan seolah-olah Kerajaan Malaysia gagal dalam mempertahankan kedaulatan negara.

Oleh kerana kebelakangan ini seakan-akan wujud sekatan akhbar terhadap beliau, Tun Dr. Mahathir pun mengedarkan surat terbuka seperti berikut sebagai penyambung lidah kepada rakyat jelata. Menerusi surat ini, Tun Dr. Mahathir berharap rakyat Malaysia memahami tindak-tanduk Kerajaan Singapura dalam konteks pembinaan Jambatan Indah di Selat Teberau. Isi kandungan surat tersebut yang berjudul Fakta Mengenai Jambatan Indah adalah seperti berikut:

Para Pembaca Yang Dihormati. Saya menulis surat terbuka ini sebagai seorang rakyat Malaysia yang cintakan negara untuk sesiapa saja yang ingin membacanya. Fakta-fakta yang terkandung dalam surat ini perlu saya hebahkan dengan cara ini kerana pada akhir-akhir ini tidak banyak lagi kenyataan saya yang disiarkan, sama ada oleh media massa elektronik atau cetak, walaupun mereka menghantar wakil untuk menghadiri sidang akhbar saya.

 

Mengenai isu di atas, saya telah menyatakan pandangan saya, iaitu Kerajaan Malaysia telah gagal mempertahankan kedaulatan negara. Akibat daripada itu negara mengalami kerugian berbilion ringgit. Wang ini adalah wang rakyat.

 

Saya juga mahu rakyat faham sikap dan tindak-tanduk Kerajaan Singapura serta dakwaan Kerajaan Malaysia yang ia memberhentikan pembinaan jambatan itu kerana isu undang-undang dan kerana sentimen rakyat yang tidak sanggup menyerahkan ruang udara serta penjualan pasir kepada Singapura, dan ini disalahertikan secara sengaja bahawa rakyat tidak mahu jambatan. Rakyat mahu jambatan tetapi menolak syarat Singapura, kerana ia tidak berasas dan bukan hak Singapura.

 

Singapura sangat gemar mencetak surat-menyurat antara pemimpinnya dengan pemimpin Malaysia dengan tujuan membuktikan yang ia di pihak yang benar.

 

Kerajaan Malaysia sekarang percaya bahawa dengan tidak menyanggah kempen memutarbelitkan oleh Singapura, masalah yang dihadapi akan selesai dengan sendirinya. Tetapi ini angan-angan yang tidak akan jadi kenyataan.

Di dalam amalan diplomatik, surat-surat yang ditulis oleh suatu pihak dengan memetik persetujuan-persetujuan lisan yang kononnya dicapai di dalam rundingan tidak rasmi di kalangan pemimpin, adalah tidak sah.

Untuk menjadikan ianya sah, rundingan hendaklah dicatat dan dirakam dengan sempurna, disahkan dan ditandatangani oleh kedua­dua belah pihak. Kenyataan yang dibuat di dalam sidang akhbar oleh salah satu pihak tanpa pengesahan pihak satu lagi juga adalah tidak sah.

 

Encik Lee Kuan Yew, ketika dia menjadi Menteri Kanan Singapura, sangat gemar meminta diadakan pertemuan empat mata tanpa agenda yang sempurna dan kemudian merakamkan hasil pertemuan itu di dalam suratnya sendiri kepada pihak ketiga. (sila lihat Lampiran Satu)

 

Berdasarkan surat-surat itu juga, dia harap rakan sejawatnya akan menyetujui kandungannya dan oleh yang demikian terikat dengan kandungan surat-surat itu. Dia tidak mengambil kira jika catatannya tidak dianggap tepat dan tidak disahkan.

 

Saya menganggap apa-apa pun yang tidak menepati amalan diplomatik sebagai tidak sah. Tanggapan beliau adalah tanggapan beliau sahaja, tidak lebih dan tidak kurang. Tindakannya mencetak surat-suratnya sebagai bukti bahawa saya telah bersetuju tidak bermakna sama sekali. Hanya jika saya membalas surat itu dan mengesahkan perkara-perkara tertentu, barulah perkara-perkara berkenaan boleh dianggap benar. Tetapi, sama ada is sah dan kita terikat dengannya, bergantung pada pengesahan dan persetujuan kedua-dua belah pihak, secara rasmi.

 

Berdolak-dalik mengenai apa yang disebut "pakej" dan ketidakmampuan mencapai sebarang persetujuan adalah kerana kelulusan yang berasaskan "pakej" tidak praktikal. Jika persetujuan tidak boleh dicapai mengenai mana-mana satu perkara, maka persetujuan tidak boleh dicapai bagi semua perkara dalam pakej itu.

Atas sebab inilah yang saya mencadangkan, dan Encik Goh Chok Tong bersetuju, iaitu kita menyelesaikan perkara demi perkara secara berasingan. Ini diperakukan dan diterima oleh Encik Goh Chok Tong, selaku Perdana Menteri, melalui surat bertarikh Oktober 14 2002 (sila lihat Lampiran Dua) yang antara lain menyebut: "Pada penghujung pertemuan (di Hanoi) anda berkata kita perlu mencuba menyelesaikan isu air, lagi cepat lagi baik. Saya bersetuju...."

Tetapi di dalam surat yang sama, Encik Goh Chok Tong berkata: "Oleh yang demikian, saya tidak menjangka menerima surat anda bertarikh 7 Oktober pada 10 Oktober di mana anda menyatakan "Malaysia telah memutuskan untuk tidak meneruskan pendekatan pakej    >

Setelah menolak pendekatan pakej, saya membuat jangkaan yang isu pembinaan jambatan tidak akan dikaitkan dengan sebarang isu lain. Saya menaruh harapan yang sangat tinggi apabila isu pembinaan jambatan disebutkan di dalam surat-surat Menteri Kanan Lee Kuan Yew dan Perdana Menteri Goh Chok Tong.

Dalam sepucuk surat (sila rujuk Lampiran Satu perenggan 6) kepada Tun Daim Zainuddin, Lee berkata: "Mengenai cadangan Mahathir membina Jambatan Tambak, Perdana Menteri saya (Goh) bersetuju dengannya, tetapi mencadangkan agar kita tidak merobohkan Tambak Johor."

 

Nampaknya, rakyat Singapura lebih menyetujui jika kedua-dua jambatan baru dan Tambak Johor ada. Ini tentulah tidak masuk akal kerana cadangan pembinaan jambatan baru adalah bertujuan membuka laluan di antara kedua-dua belah di Selat Tebrau supaya air boleh mengalir tanpa sekatan. Ia bukan bertujuan menambah kapasiti hubungan antara Singapura dan Johor. Jika ini berlaku, is hanyalah satu kebetulan.

 

Satu lagi hujah menarik Encik Lee ialah (sekiranya Singapura bersetuju dengan pembinaan jambatan itu): "Singapura akan menambak laut di sebelah wilayahnya hingga ke sempadan dengan Malaysia." (rujuk Lampiran Tiga, surat Menteri Kanan Lee, kepada Tun Dr. Mahathir, bertarikh Sept 8, 2001).

 

Sempadan antara Singapura dan Malaysia di Selat Tebrau adalah dasar laut yang paling dalam. Bagaimanapun, bagi Tambak Johor, sempadannya adalah di tengah-tengah jambatan. Jika Singapura menambak laut di sebelah wilayahnya sehingga ke sempadan, is bererti hanya laut di sebelah Malaysia akan kekal. Jadi apa halnya dengan konsep sempadan berasaskan dasar laut paling dalam? Dalam surat yang sama kepada Daim (rujuk Lampiran Satu perenggan 12), Menteri Kanan Lee berkata: "Saya sentiasa memaklumkan inisiatif saya kepada Perdana Menteri saya. Dia (Perdana Menteri Goh) bagaimanapun, berkata dia menyerahkan hal ini kepada saya sehingga peringkat akhir apabila dia akan mengkajinya dengan teliti sebelum memberi sebarang persetujuan."

 

Menteri Kanan Lee juga menulis (Lampiran Satu, perenggan 12): "semua nota atau surat yang saya hantar kepada anda dan kepada Mahathir dan sebaliknya perlulah dianggap sebagai Tanpa Prejudis (Without Prejudice) iaitu tidak akan ada sebarang perjanjian sehingga semua perkara dipersetujui dan ditandatangani oleh kedua-dua Perdana Menteri."

 

Jelas bahawa Menteri Kanan Lee tidak diberi kuasa untuk memutuskan apa-apa kerana beliau perlu memaklumkannya kepada Perdana Menteri Goh untuk dikaji sebelum dipersetujui. Jika tidak, maka tidak akan ada sebarang persetujuan mengenai semua perkara sehinggalah diperakui dan ditandatangani oleh kedua-dua Perdana Menteri.

 

Dalam jawapan kepada cadangan saya agar terminal Keretapi Tanah Melayu dibina di Johor Bahru, Menteri Kanan Lee, melalui surat bertarikh 10 Disember 2001 (sila rujuk Lampiran Empat, perenggan 10), berkata: "Saya harap anda juga akan menimbangkan kepentingan jangka panjang dan nilai perkhidmatan KTM. Sejak tahun 1923 kereta api merupakan perhubungan yang sangat berharga. Saya rasa mengekalkan hubungan kereta api antara Kuala Lumpur dan Singapura menguntungkan kedua-dua buah negara. Bagaimanapun, oleh sebab KTM milik negara anda, Singapura akan mematuhi keputusan anda".

 

Dalam surat ini, Menteri Kanan Lee berikrar mematuhi keputusan saya. Namun beliau boleh juga berkata Perdana Menteri Goh tidak bersetuju dan segala surat-menyurat kami adalah tanpa prejudis.

 

Namun begitu, apabila beliau atau Perdana Menteri Goh dan saya sendiri menurunkan pandangan-pandangan kami dalam bentuk tulisan, ia menggambarkan apa yang kami fikirkan. Tetapi oleh sebab ia dilakukan tanpa prejudis, kami tidak terikat dengan apa yang kami katakan.

 

Justeru itu, tidak timbul persoalan berdolak-dalik atau memindahkan tiang gol. Kedudukan tiang gol belum diputuskan. Oleh sebab apa yang dilakukan itu berasaskan konsep tanpa prejudis, maka ia tidak lebih daripada cadangan sahaja.

 

Dalam surat bertarikh 11 April 2002 (rujuk Lampiran Lima) Perdana Menteri Goh menyebut: "Saya sekarang memutuskan untuk mengendalikan sendiri perbincangan kita mengenai pakej dua hala." Sekarang barulah seorang yang berkuasa bercakap (bagi pihak Singapura).

Di dalam apa yang boleh dianggap sebagai komitmen mutakhir, Perdana Menteri Goh menulis (kepada saya): "Di antara sebuah jambatan baru bagi menggantikan keseluruhan Tambak, dan yang menggantikan hanya bahagian di sebelah Malaysia, saya lebih suka kepada pilihan pertama. Sebaik sahaja jambatan baru siap, Tambak bolehlah dirobohkan, yang mana saya gembira jika dilakukan selepas tahun 2007. Tetapi sekiranya anda mahu menggantikan Tambak di sebelah negara anda dengan sebuah jambatan dengan serta-merta, saya akan menyetujuinya, walaupun pada pendapat saya ini tidaklah ideal."

Apakah kesimpulan yang boleh kita buat kepada kenyataan ini? Tidak pun disebut mengenai pasir dari Malaysia dan pembukaan ruang udara kepada kapal terbang tentera Singapura. Juga tidak disebutkan tentang nostalgia, hanya keutamaan supaya Tambak dirobohkan selepas tahun 2007.

Sekarang dihujahkan pula bahawa jika Malaysia sentuh paip yang membawa air ke Singapura, ia adalah tindakan perang (act of war). Adakah ini perisytiharan perang?

Peruntukan "Wayleave Agreement" dengan Singapura cukup jelas. Berikut adalah apa yang dipersetujui mengenai paip air: "That the Licensee (Singapore) shall take full responsibility financially or otherwise for any alteration to the pipeline that may become necessary by reason of any alterations or improvements made or to be made on the Johor Causeway and on receiving not less than six months previous notice in writing from the Licensors (Malaysia) shall thereupon carry out the alteration in accordance with such notice and shall have no claim for any compensation." ["Bahawa Pemegang Lesen (Singapura) akan mengambil sepenuh tanggungjawab kewangan atau sebaliknya bagi sebarang pindaan kepada saluran paip apabila ia diperlukan untuk sebarang pengubahsuaian atau pembaikan atau yang diperlukan di Tambak sebelah negeri Johor dan apabila menerima notis bertulis enam bulan sebelumnya daripada Pelesen (Malaysia) akan melakukan pengubahsuaian itu seperti yang disebutkan di dalam notis tanpa sebarang tuntutan ganti rugi."]

Perjanjian itu tidak menyebut mengenai hak Pemegang Lesen (Singapura) mengingkarinya. Peruntukan "akan melaksanakan pengubahsuaian" (Shall carry out the alteration) sangat jelas dan kuat. Singapura wajib melaksanakan pengubahsuaian itu. Tetapi jika Singapura ingkar, ia mungkin merupakan tindakan perang dan bukan sebaliknya.

Apabila kerja awal pembinaan jambatan dimulakan tidak ada protes dan tidak ada permintaan membeli pasir atau menggunakan ruang udara kita. Sekarang pembinaan jambatan di sebelah wilayah kita pun nampaknya tertakluk kepada syarat kita membekalkan berjuta meter padu pasir kepada Singapura untuk menambak laut dan membuka ruang udara kita kepada jet tentera udaranya. Daripada mana datang semua syarat ini? Apakah kaitan antara perluasan wilayah Singapura dengan kita membina jambatan di dalam wilayah kita sendiri?

Tindak-tanduk Singapura mengaitkan pembinaan jambatan di wilayah kita dengan tuntutan kita menjual pasir dan membuka ruang udara kepadanya tidak berasas lama sekali.

Mengapa Kerajaan Malaysia perlu bersetuju memberi pasir dan membuka ruang udara kepada Singapura, jika tidak terpaksa memberhentikan pembinaan Jambatan Indah di wilayah kita sendiri, adalah di luar kemampuan saya memahaminya.

Adalah hak rakyat Malaysia tidak menjual pasir kepada Singapura atau membuka ruang udara kepadanya. Tetapi, rakyat tidak pernah mengatakan yang mereka bersedia mengorbankan projek jambatan. Yang mereka tidak mahu adalah mengalah kepada tuntutan Singapura supaya kita menjual pasir dan membuka ruang udara. Mereka mahukan jambatan. Tetapi, mereka juga mahu Kerajaan mereka menyanggah tuntutan Singapura kerana di segi undang­undang, Malaysia tidak perlu melayan syarat-syarat Singapura.

Tindak-tanduk Singapura ini telah dijangkakan. Tetapi Kerajaan Malaysia gagal mempertahankan kedaulatan negara. Di samping itu, ia telah menyebabkan kerugian berbilion ringgit wang rakyat jelata.

Biarlah rakyat Malaysia, khasnya orang Melayu, Melayu Johor terutamanya, ingat bahawa Inggeris telah menipu Sultan untuk menyerahkan Singapura dengan percuma kepada mereka (Inggeris).

Seperti Pulau Pinang, Lumut dan Melaka, Singapura sepatutnya dikembalikan kepada kita apabila Inggeris melepaskan hak mereka. Tetapi Singapura telah menjadi begitu asing keadaannya sehingga ia tidak boleh lagi menjadi sebahagian daripada Malaysia.

Apakah Malaysia sekarang akan memberi lebih banyak tanah kepada Singapura supaya is boleh memperluaskan wilayahnya dan menarbah bilangan penduduknya? Menyerahkan dasar laut kita kepada Singapura tidak ada bezanya dengan memberikan bumi kita kepada Singapura. Kesudahannya ialah perluasan wilayah Singapura. Ia tidak ada bezanya dengan menyerahkan sebahagian daripada Johor untuk tujuan ini. Apakah kita begitu miskin sehingga kita perlu menjual sekeping bumi kita kepada orang lain?

Generasi rakyat Malaysia yang akan datang, sama ada Melayu atau Johor, akan menyumpah kita jika kita melakukan semua ini sedangkan kita berhak membina jambatan di atas bumi dan laut kita sendiri sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat.

Cukuplah kita menyerahkan Singapura (kepada Inggeris). Tidak perlulah kita menyerahkan lagi tanah kita kepada Singapura walaupun ada orang yang berpendapat kita hanya boleh membina jambatan di negara kita jika Singapura bersetuju.

Rakyat Malaysia tidak pernah mengatakan demikian. Janganlah ada sesiapa yang menyumbat hujah ke dalam mulut mereka semata­mata kerana orang itu takut untuk mempertahankan hak dan kedaulatan negara serta rakyat Malaysia.

Demikianlah kandungan Surat terbuka Tun Dr. Mahathir. Surat ini autoratatif. Surat ini jelas. Surat ini tegas. Ia ditujukan khas kepada bangsa Malaysia. Ia dikarang khas untuk memberitahu kita semua bahawa keputusan Kerajaan Malaysia membatalkan projek Jambatan Indah di Johor Bahru adalah satu tindakan yang boleh ditafsirkan seolah-olah sebagai penggadaian maruah bangsa dan kedaulatan negara kepada Singapura dan pemimpin kiasunya.

Oleh itu, tidakkah kita semua hairan, kenapakah kebelakangan ini Tun Dr. Mahathir seolah-olah mahu ditutup mulutnya, seperti yang saya persoalkan dalam prolog kepada buku ini? Mengapa agaknya terjadi demikian? Apakah pembatalan projek Jambatan Indah ini berdasarkan suatu konspirasi? Kalau ia, siapakah konspiratornya? Kalau tidak, mengapakah projek itu dibatalkan dengan cara yang penuh prasangka? Soalan ini saya timbulkan, bukan kerana saya mempertikaikan keputusan Kerajaan Malaysia. Tetapi. kerana keputusan itu menimbulkan keraguan yang jelas dan ketara.

Back

-------------------------------------------------

12. Realiti Persahabatan Malaysia dan Singapura

 

Majoriti orang Melayu Johor adalah golongan rakyat jelata Malaysia yang pertama sekali terguris jiwanya bila Kerajaan Malaysia membatalkan projek Jambatan Indah di Johor Bahru. Sebab itulah, beberapa hari sesudah Kerajaan Malaysia membatalkan projek tersebut, saya menulis artikel berikut dalam Utusan Malaysia. Ia diberi jodol Realiti Persahabatan Malaysia-Singapura. Artikel yang sama telah diulang cetak oleh Agendadaily.com dan juga akhbar Buletin Rakyat. Kedua-duanya memberikan jodol Temasik Tumpah Darahku, Wajahmu Biru, Hatiku Layu. Saya menerima banyak respons positif daripada artikel berkenaan. Artikel ini juga menyebabkan Saudara Saiful Sidek Abdullah, Pengerusi Biro Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pulai, Johor, menjemput saya sebagai seorang daripada ahli panel dalam forum bertajuk Keharmonian Hubungan Malaysia Dan Singapura Sebagai Teras Kesetiakawanan ASEAN, pada 29 April 2006. Artikel saya sepenuhnya adalah seperti berikut:

"Temasik tumpah darahku, wajahmu biru, hatiku layu. Temasik tumpah darahku, dendangmu pilu, jiwaku ragu. Temasik tumpah darahku, terpisah kita selama-lamanya, antara gelora Selat Teberau, antara sejarah kisah nan lampau. Temasik tumpah darahku, aku rindu mahu ketemu, mendakap mesra hati luhurmu. "

Puisi di atas berusia 35 tahun. Ia berjudul Mahu Ketemu. Saya menghasilkannya pada 1971. Ia diterbitkan oleh majalah Dewan Masyarakat pada 1972. Saya dedikasikan puisi berkenaan kepada seluruh saudara mara saya yang jadi rakyat Singapura. Mesej yang tersirat dalam puisi di atas tersembunyi di sebalik kata-kata simbolik berikut:

"Temasik, wajahmu biru, hatiku layu; dendangmu pilu, jiwaku ragu; aku rindu mahu ketemu, mendakap mesra hati luhurmu."

 

Sewaktu saya mencipta puisi di atas, rata-rata kaum kerabat saya di Singapura sedang "berwajah biru". Birunya wajah mereka bukannya biru air di Tanjung Katong. Birunya wajah mereka adalah birunya luka panahan petir. Biru wajah mereka adalah birunya jiwa dicalar derita. Birunya wajah mereka adalah birunya gerhana mentari senja. Birunya wajah mereka adalah birunya duka meragut usia.

 

Sebagai seorang yang dilahirkan di Singapura, tetapi menjadi warganegara Malaysia, saya berasa amat bertuah. Kalau tidak. mungkin saya juga menjadi warga Singapura yang "berwajah biru." Kalau tidak, mungkin saya juga terpaksa memburu keadilan demi keadilan tanpa kesudahan. Kalaulah ayah tidak membawa saya pulang ke kampung halaman ibu di Batu Pahat, Johor, pada tahun 1949, saya juga mungkin menjadi seorang insan tanpa wajah, tanpa madah, tanpa maruah, dengan hati yang sentiasa luka, dengan jiwa yang sentiasa parah.

 

Menurut salasilahnya, majoriti kaum kerabat saya daripada sebelah ayah berkampung halaman di sekitar Istana Kampung Gelam, Singapura, sejak zaman berzaman. Mereka anak jati pulau tersebut. Mereka adalah keturunan pembesar-pembesar Kesultanan Johor-Riau. Ayah saya adalah generasi Bentan terakhir yang disumpah tidak boleh menjejakkan kaki ke bumi Kota Tinggi. Ini kerana ayah saya adalah generasi ketujuh keturunan Laksamana Bentan. Sebab itulah bila cucu-cicit Laksamana Bentan dilanda sindrom "wajah biru" pada 1971, hati saya turut terguris, parah dan layu.

 

Lantaran itulah saya menulis puisi di atas. Ia menjadi manifestasi kekecewaan saya kepada nasib yang menimpa seluruh cucu-cicit Laksamana Bentan. Itulah latarbelakang kepada puisi di atas. Itulah juga sebabnya saya dedikasikan kata-kata:

"Temasik, wajahmu biru, hatiku layu; dendangmu pilu, jiwaku ragu; aku rindu mahu ketemu, mendakap mesra hati luhurmu. "

 

Akhir-akhir ini, saya meneliti semula puisi di atas. Saya telitinya, saya tuntasinya, saya rincikannya berkali-kali. Semakin saya teliti secara tuntas dan rinci, puisi itu semakin menghantui saya. Ia mendorong saya menyingkap beberapa babak dan peristiwa membabitkan hubungan Malaysia-Singapura. Saya pun mengkaji beberapa tulisan pemimpin Singapura untuk mengetahui latarbelakang yang menyebabkan negara itu menyertai Malaysia pada 1963. Saya juga kaji seluruh latarbelakang yang menyebabkan Singapura disingkirkan daripada Malaysia pada 9 Ogos 1965.

 

Kemudian, saya baca kisah Malaysian Malaysia yang telah mencetuskan kemarahan orang Melayu. Menurut Salleh Yusof dalam Utusan Melayu 16 Julai 1965, Malaysian Malaysia adalah penentangan terhadap kedaulatan Raja-Raja Melayu; penentangan terhadap hak-hak istimewa orang Melayu; penentangan terhadap Islam sebagai agama rasmi; dan penentangan terhadap Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.

 

Hashim Abdul Rahman pula menyatakan dalam Konsep Malaysian Malaysia Idea Lee Kuan Yew? terbitan Dewan Masyarakat Februari 1975, bahawa Malaysian Malaysia bermakna negara dan negeri tidaklah diidentitikan dengan keutamaan dan faedah-faedah satu komuniti atau bangsa sahaja.

 

Saya tidak mahu menghuraikan coal Malaysian Malaysia dengan panjang lebar. Kontroversi mengenai isu ini masih lagi hangat dan segar. Memori luka orang Melayu mengenainya akan saya sorot kembali menerusi buku Malaysian Malaysia yang akan diterbitkan tidak lama lagi.

 

Kini, segarkanlah semula kenangan terhadap pelbagai masalah diplomasi yang membakar hati dan jiwa segolongan besar rakyat Malaysia sejak akhir 90-an. Antaranya membabitkan perjanjian air. ruang angkasa, Pulau Batu Putih, projek tebus guna laut, dan pembayaran wang CPF milik pekerja daripada Malaysia Semenanjung.

 

Dalam semua kes di atas, bagaimanakah perilaku diplomasi Malaysia? Bagaimana pula perilaku diplomasi Singapura? Siapakah yang sentiasa mempermainkan siapa? Siapakah yang sentiasa menghormati siapa?

 

Pastikanlah, siapakah yang bercabang lidah, siapakah yang melukut di tepi gantang, siapakah yang menangguk di air keruh, siapakah yang menjolok sarang tebuan, siapakah sebenarnya yang jadi duri dalam daging, dan anjing tersepit manakah yang telah dilepaskan untuk terus hidup tanpa igauan?

 

Saya menyenaraikan seluruh soalan di atas semata-mata untuk mencerminkan realiti dan untuk menegakkan kebenaran. Hakikat ini penting demi co-existence Malaysia dan Singapura yang lebih harmoni, penuh muafakat, saling hormat menghormati, aman, damai, dan berkekalan.

 

Saya anak kelahiran Singapura. Saya juga warganegara Malaysia. Ramai insan manusia seperti saya yang sedang memerhatikan putaran sejarah mutakhir. Ada pula mereka yang lahir di Malaysia, tetapi menjadi warganegara Singapura. Kelompok ini juga pastinya seperti saya, Mereka mahu melihat hubungan Malaysia-Singapura yang terus kekal, mesra, aman, dan abadi.

 

Harapan seperti ini jadi kian memuncak kebelakangan ini. Khususny t apabila Malaysia terpaksa membatalkan pembinaan jambatan baru untuk menggantikan Tambak Johor yang sudah usang.

 

Malaysia membatalkan projek itu kerana Singapura memberikan persetujuan yang bersyarat. Pertama: Malaysia diminta menjual pasir kepada Singapura. Kedua: jet pejuang Singapura hendaklah diizin menggunakan ruang angkasa Malaysia.

 

Syarat-syarat di atas menjejaskan kemerdekaan dan kedaulatan Malaysia. Ia menyebabkan ramai rakyat Malaysia yang makan hati berulam jantung. Ia juga menyebabkan ramai rakyat Malaysia yang tercalar jiwa terluka dada.

Mengapakah agaknya Singapura bertindak demikian? Mungkinkah ia pengamal Kitab Diplomasi Albushi? Mungkinkah ia penganut Kitab Diplomasi Aljahud? Mungkinkah ia dipengaruhi Kitab Diplomasi Alhowardi?

Kini, projek jambatan itu telah pun dibatalkan. Malaysia tidak rela menggadaikan kedaulatan dan kemerdekaannya demi sebuah jambatan yang boleh dibina tersergam indah, kalau ada kejujuran dan keikhlasan tulen lagi abadi, di jiwa semua pihak yang akan menikmati manfaatnya sepanjang hayat.

Lantaran itu, sebagai anak kelahiran Singapura dan seorang warganegara Malaysia, saya berpendapat adalah silap untuk mana­mana pihak mempolitikkan rancangan pembinaan jambatan berkenaan. Impaknya negatif. Kesannya berpanjangan.

Singapura bukan Israel. Malaysia bukan Palestin. Singapura dan Malaysia adalah dua negara yang berdaulat dan merdeka. Mereka adalah sahabat yang berkongsi sejarah. Mereka adalah sahabat yang co-exist atas tuntutan sejarah.

Maka, Malaysia dan Singapura mestilah mencipta sejarah dan masa depan yang berasaskan ciri-ciri ketimuran asal-usul kita, dan ciri­ciri ketimuran nilai dan budaya hidup kita. Demi survival bersama, janganlah ada pihak yang mungkin bertindak mengikut rentak asing, mengikut doktrin neoimperialis, atau mengikut kongkongan mana‑

mana superpower.

Insaflah. Di kedua-dua seberang Tambak Johor, masih ramai umat manusia yang mempunyai pertalian darah dan sejarah. Mereka yang di sini sentiasa merindui Bumi Temasik. Mereka yang di sana pula asyik merindui Tanah Semenanjung.

Tigapuluh lima tahun yang lalu saya meluahkan kata-kata berikut:

"Temasik tumpah darahku, wajahmu biru, hatiku layu. Temasik tumpah darahku, dendangmu pilu, jiwaku ragu. Temasik tumpah darahku, terpisah kita selama-lamanya, antara gelora Selat Teberau, antara sejarah kisah nan lampau. Temasik tumpah darahku, aku rindu mahu ketemu, mendakap mesra hati luhurmu. "

Kalaulah puisi di atas saya tulis pada hari ini, perenggan penguncinya adalah seperti berikut:

"Temasik tumpah darahku, ada salasilah, punya sejarah, Istana Gelam warisan moyangku, Panglima Tok Bongkok bajunya merah, Laksamana Bentan bermandi darah, Hang Nadim pengibar panji pusaka, bujur lalu melintang patah, pantang undur mengaku kalah. "

Moga-moga difahamilah maksud perenggan pengunci di atas. Demi keperwiraan Panglima Tok Bongkok, demi keberanian Laksamana Bentan, demi keperkasaan Laksamana Hang Nadim, Temasik atau Singapura adalah warisan yang tidak boleh diubah-ubah hakikat sejarah silamnya.

 

Tetapi, oleh kerana Temasik atau Singapura mutakhir adalah sebuah negara yang berdaulat dan merdeka, semua pihak mestilah menghormati kedaulatan dan kemerdekaan tersebut. Hakikat ini jelas termaktub dalam Perjanjian Perpisahan Singapura yang ditandatangani pada 7 Ogos 1965. Perjanjian itu memaktubkan "Bahawasanya Singapura akan menjadi sebuah negara yang berdaulat dan merdeka dan Malaysia dan akan diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia."

Oleh itu, saya harap, janganlah kedaulatan dan kemerdekaan Singapura menafikan hakikat bahawa Panglima Tok Bongkok, Laksamana Bentan, dan Laksamana Hang Nadim adalah sinonim dengan sejarah Bumi Temasik pra-merdeka. Sebarang percubaan melenyapkan sejarah pra-merdeka itu mungkin boleh menyebabkan banyak jiwa kembali parah, banyak luka kembali berdarah.

Akhir kata, renungkanlah kata-kata T.S. Selvam dalam bukunya Singapore The Ultimate Island seperti berikut: Sewaktu Stamford Raffles mendarat di Singapura pada 28 Januari 1819, pulau tersebut diperintah oleh seorang Temenggong – seorang putra Istana Johor.

Hakikat di atas adalah antara bukti nyata yang jadi rujukan bersama. Oleh itu, fahamilah seluruh mesej di sebalik puisi saya, termasuk mesej dalam perenggan kuncinya yang terbaru seperti berikut:

"Temasik tumpah darahku, wajahmu biru, hatiku layu. Temasik tumpah darahku, dendangmu pilu, jiwaku ragu. Temasik tumpah darahku, terpisah kita selama-lamanya, antara gelora Selat Teberau, antara sejarah kisah nan lampau. Temasik tumpah darahku, aku rindu mahu ketemu, mendakap mesra hati luhurmu. Temasik tumpah darahku, ada salasilah, punya sejarah, Istana Gelam warisan moyangku, Panglima Tok Bongkok bajunya merah, Laksamana Bentan bermandi darah, Hang Nadim pengibar panji pusaka, bujur lalu melintang patah, pantang undur mengaku kalah."

Demikianlah artikel saya dalam Utusan Malaysia. Demikianlah juga suara hati saya selaku anak Johor yang dilahirkan di Singapura, bila menginsafi bahawa keputusan Kerajaan Malaysia membatalkan projek Jambatan Indah mungkin boleh disalahtafsirkan sebagai usaha menggadai maruah bangsa dan kedaulatan negara kepada Singapura. - Dipetik daripada Utusan Malaysia 19 April 2006.

Back

-------------------------------------------------

13. Kiasu Dan Kiasi Sampai Kiamat?

 

 Dalam politik, semua serba mungkin. Semua boleh terjadi. Terutama sekali setelah berlaku sesuatu pertukaran kepimpinan negara. Bak kata pepatah, sekali air bah, sekali pasir berubah. Tetapi, dalam konteks pucuk pimpinan Kerajaan Malaysia hari ini, kenapakah ada segelintir anggota kabinet yang tergamak berbalah dengan manten Perdana Menteri yang pernah jadi ketuanya?

Kumpulan anggota kabinet berkenaan seolah-olah memberikan gambaran kepada umum bahawa perbalahannya dengan manten Perdana Menteri bukannya pasal masalah diplomasi. Tetapi, lebih kepada soal pasir. Bukannya pasir yang berubah setelah air bah. Tetapi, pasal pasir yang melimpah ruah di Johor, untuk dijual kepada Singapura, dengan jumlah yang amat besar, dan dengan keuntungan yang berbillion-billion ringgit banyaknya.

Soalnya, mengapakah jadi begini? Mengapakah ada segelintir anggota kabinet yang tergamak berbalah secara terbuka dengan manten Perdana Menteri yang pernah menjadi ketuanya? Apakah motifnya? Adakah elemen-elemen dajjal wujud dan berperanan di sebalik perbalahan ini? Tidakkah perkembangan seperti ini tidak sihat? Apakah yang cuba diperolehi menerusi perbalahan seperti ini? Apa kesudahan kepada perkembangan seperti ini? Kenapakah Perdana Menteri pula seolah-olah membiarkan sahaja perbalahan ini berlaku tanpa sebarang larangan yang setegas-tegasnya?

Saya menyentuh perkembangan seperti ini kerana Kerajaan Malaysia yang pernah dipimpinan oleh Tun Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Kerajaan Malaysia pimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada hari ini adalah daripada satu parti yang sama. Kedua-duanya adalah Kerajaan Barisan Nasional. Kedua-duanya berjuang demi kepentingan agama, bangsa dan negara. Kedua-duanya juga menegakkan prinsip dan dasar yang serupa. Kalau ada perbezaannya pun hanya dari segi gaya dan pendekatan. Perbezaan seperti ini memang tidak boleh dielak. Ianya juga memang diizin dan digalakkan.

Jadi, bila ada anggota kabinet mutakhir bertelagah dengan manten Perdana Menteri daripada parti dan Kerajaan yang sama, adakah salah kalau ada pihak beranggapan yang sesetengah pengamal politik memang terdiri daripada kelompok manusia yang mungkin berjuang tanpa hati dan budi, tanpa prinsip dan etika, tanpa maruah dan wibawa?

Contohnya, adalah mengenai hubungan diplomatik Malaysia dengan Singapura. Sejak akhir abad ke-20 hingga sekarang, hubungan dua hala Malaysia dan Singapura memang rapuh, runcing bagai telur di hujung tanduk, dan terumbang-ambing bagai layang­layang putus tali. Ini kerana dasar luar Singapura kebelakangan ini seolah-olah dipengaruhi oleh sekelompok dajjal yang aktif memperjuangkan sikap, minda, pendekatan dan persepsi kiasu dan kiasi dalam mencari sesuatu permuafakatan dengan Malaysia.

 Kiasu adalah sikap takut yang amat sangat untuk menghadapi kekalahan. Kiasi adalah sikap takut mati dan sikap takut untuk mengambil risiko. Kedua-dua sikap ini menjadikan beberapa pihak di Singapura dikatakan sering bertindak negatif bila berurusan dengan Malaysia. Lebih serius lagi, kedua-dua sikap ini juga dipercayai telah menyebabkan segolongan pemimpin dan rakyat Singapura sentiasa mencemburui apa jua perubahan atau cadangan yang dikemukakan oleh Kerajaan Malaysia demi kebaikan bersama Malaysia dan Singapura. Mereka cemburu kerana mereka takut perubahan atau cadangan berkenaan boleh menyebabkan mereka terpinggir atau disingkirkan daripada tanahairnya sendiri di masa akan datang.

Sebab itulah pelbagai masalah dua hala antara Malaysia dan Singapura kini tertangguh penyelesaiannya. Sebab itulah pelaksanaan beberapa projek besar juga turut terjejas. Dan, mungkin berasaskan sikap yang sama jugalah maka cadangan Malaysia membina sebuah jambatan yang lurus, untuk menggantikan Causeway di Selat Teberau, telah dipakejkan dengan pelbagai syarat dan tuntutan yang boleh menjejaskan kemerdekaan dan kedaulatan Malaysia seluruhnya.

Hakikat ini menyebabkan jambatan lurus yang dicadangkan merentangi Selat Teberau tidak dapat dibina. Sebaliknya, hanya sebuah jambatan yang bengkok akan di bina di bahagian Selat Teberau yang berada dalam wilayah Malaysia. Bagaimanapun, banyak pihak kini hairan. Mereka tertanya-tanya, apa jadi dengan politik Malaysia hari ini? Kenapakah Perdana Menteri Keempat, Tun Tun Dr. Mahathir Mohamad, kelihatannya sedang diperkecil-kecil dan dipersenda-sendakan oleh sesetengah Menteri yang pernab berkhidmat dengannya, dan kini terus berada dalam kabinet Datuk Seri Abdullah? Dan, kenapa pula Perdana Menteri mutakhir seakan­akan merestui karenah Menteri berkenaan?

Kehairanan segolongan rakyat jelata yang prihatin terhadap kesejahteraan politik negara, nampaknya berpunca daripada kisah bengkok dan kisah lurus yang diperkatakan dalam akhbar-akhbar tempatan kebelakangan ini. Paling menarik sekali adalah kisah bengkok dan lurus mengenai projek jambatan yang hendak dibina merentangi Selat Teberau, Johor, bagi menggantikan Causeway yang sedia ada.

Projek pembinaan jambatan ini diilhamkan oleh Tun Tun Dr. Mahathir. Bagaimanapun, pelaksanaan projek ini tertangguh oleh sebab pelbagai karenah dan tuntutan Singapura.

Projek jambatan ini mempunyai banyak matlamat yang tersirat dan strategik. Keseluruhannya dijangka memberikan manfaat besar kepada Malaysia di hari muka. Antaranya, jambatan ini bertujuan membuka laluan di antara kedua-dua belah di Selat Tebrau supaya air boleh mengalir tanpa sekatan.

Sebab itulah Singapura nampaknya sentiasa mencari jalan untuk menggagalkan projek berkenaan. Sebab itulah Singapura jelas menggunakan pendekatan kiasu dan taktik diplomasi pasar borong dalam perundingannya dengan Malaysia mengenai projek tersebut.

Lantaran itu, dalam hal pembinaan jambatan berkenaan, kisah yang lurus jelas membabitkan pihak Malaysia. Kisah yang bengkok pula membabitkan pihak Singapura. Malaysia mahu membina sebuah jambatan yang lurus dengan niat yang baik. Sebab itulah Malaysia berunding dengan Singapura untuk mencapai permuafakatan kepada kelurusan jambatan itu.

Hakikat ini tidak boleh dipertikaikan. Ia tersurat dalam banyak dokumen. Biarpun waktu ini ada pihak cuba menafikannya, kebenaran mengenainya tetap telus dan unggul.

Kelurusan hati Malaysia mengilhamkan cadangan projek jambatan ini, bagaimanapun, dicemberui oleh Singapura. Perasaan cemburu itu bertukar menjadi kebimbangan bila Singapura membaca beberapa matlamat strategik dan tersirat di sebalik projek berkenaan.

Maka, Singapura pun menyatakan persetujuannya kepada projek jambatan yang lurus itu dengan niat yang bengkok. Sebab itulah dia minta Malaysia menjual pasir kepadanya. Sebab itu is minta jet pejuangnya diizinkan terbang di ruang angkasa Malaysia.

Niat Singapura mengenakan syarat di atas membuktikan negara itu memang gemar bermain dengan taktik diplomasi pasar borong dalam berurusan dengan Malaysia. Kalau tidak, kenapa Singapura longgokkan soal pembinaan jambatan yang lurus di Selat Teberau dengan soal penjualan pasir dan penggunaan ruang angkasa Malaysia?

Perundingan mengenai pembinaan jambatan lurus, patut hanya tertumpu kepada masalah jambatan yang lurus sahaja. Masalah pasir, soal lain. Masalah ruang angkasa juga soal berasingan. Tidak patut semua masalah ini dilonggokkan ke dalam perbincangan dua hala mengenai usaha membina sebuah jambatan lurus merentangi Selat Teberau.

Singapura amat faham. Di mana-mana pasar borong, proses memborong ikan tak boleh dicampurkan dengan proses memborong ayam. Waktu memborong ikan pun tidak boleh diborong semua jenis ikan dengan satu sesi tawar menawar harga.

Jadi, Singapura kenalah ikhlas. Jangan gunakan diplomasi pasar borong dalam usahanya mencari penyelesaian atau kemuafakatan dengan Malaysia. Ini kerana Malaysia bukan pasar borong, Singapura juga bukan tauke ikan.

Malaysia juga perlu bertegas dengan Singapura. Kita tidak patut tunduk dengan karenah Singapura yang melampau-lampau. Contohnya, jumlah pasir yang hendak dibeli oleh Singapura menerusi perundingan mengenai jambatan lurus itu adalah amat besar.

Ada pihak berpendapat, kalau Malaysia menyetujui permintaan jualan pasir itu, pasir berkenaan boleh digunakan oleh Singapura untuk menambak seluas 500 kilometer persegi kawasan lautnya. Kawasan perairan Singapura seluas 500 kilometer persegi yang dijangka ditebus guna menggunakan pasir daripada Malaysia ini merupakan pertambahan sebanyak 73 peratus kepada jumlah keluasan Singapura mutakhir.

Jadi, memang wajar Malaysia bertegas menolak syarat Singapura mengenai pasir seperti di atas. Dan, amat wajar sekali Malaysia mengambil keputusan membina jambatan yang bengkok di perairannya sendiri. Malaysia mengambil keputusan ini untuk menyelamatkan kemerdekaan dan kedaulatan Malaysia daripada diperkotak-katikkan oleh Singapura. Malaysia tidak tergamak menjual pasir kepada Singapura untuk membolehkan keluasan negara itu berkembang sebanyak 73 peratus lagi.

Kalau Malaysia menjual pasir kepada Singapura semata-mata untuk mendapatkan sebuah jambatan yang lurus, pastinya Malaysia akan menghadapi pelbagai masalah persempadanan di masa akan datang. Keluasan muka bumi Singapura yang bertambah, pastinya akan menjejaskan soal persempadanan Malaysia-Singapura pada hari ini dan di hari muka. la juga pastinya boleh menyebabkan masalah dasar laut Selat Teberau yang mungkin jadi semakin cetek. Dan. mungkin juga menyebabkan masalah kepada kehidupan marin dan sebagainya.

Maka, jelaslah bahawa pilihan membina sebuah jambatan yang bengkok untuk merentangi Selat Teberau, sebagai ganti kepada Causeway di wilayah Malaysia, adalah satu keputusan yang bijaksana. Ini kerana jambatan itu hanya dibina di atas permukaan perairan Malaysia, di bawah ruang angkasa Malaysia, dan di dalam kawasan jajahan takluk Malaysia. Jambatan Indah ini hanya akan dicantumkan dengan Tambak Johor di wilayah Singapura.

Ini juga bermakna bahawa pembinaan jambatan yang bengkok ini langsung tidak membabitkan soal penjualan pasir Malaysia kepada Singapura, atau membabitkan soal keizinan jet pejuang Singapura terbang di ruang angkasa Malaysia. Pendek kata, pembinaan Jambatan Indah di wilayah jajahan takluk Malaysia ini langsung tidak menjejaskan sebarang soal mengenai maruah, kemerdekaan dan kedaulatan Malaysia.

Lebih menggembirakan, pembinaan Jambatan Indah ini juga tidak dibantah oleh Singapura. Walaupun is tidak dapat membeli pasir dari Malaysia, dan jet pejuangnnya tidak dapat terbang di ruang angkasa Malaysia, Singapura tetap tidak membantah pembinaan Jambatan Indah ini.

Jadi, kenapakah bila Kerajaan Malaysia membatalkan pembinaan Jambatan Indah berkenaan, alasannya adalah kerana rakyat Malaysia tidak merelakan Kerajaan menjual pasir atau memberikan ruang angkasa kepada Singapura? Tidak mungkinkah alasan seperti ini mengelirukan. Tidak mungkinkah alasan seperti ini menyembunyikan atau mengandungi sesuatu niat dan hasrat yang bengkok di kalangan sesetengah pihak dalam Kerajaan Malaysia?

Siapakah yang memberikan nasihat kepada Kerajaan Malaysia supaya Jambatan Indah itu mesti dibatalkan pembinaannya. Siapakah juga yang menasihati Kerajaan Malaysia kononnya projek Jambatan Indah itu juga membabitkan penjualan pasir kepada Singapura dan memberikan ruang angkasa kepada negara ini kepada jet pejuang Singapura? Bukankah rakyat jelata Malaysia gembira dengan jambatan yang bengkok kerana is tidak langsung membabitkan penjualan pasir dan pemberian ruang angkasa kepada Singapura?

Berasaskan hujah-hujah di atas, kenapakah projek Jambatan Indah itu dibatalkan? Apakah sebab sebenar maka projek itu dibatalkan? Adakah ini kerana ada pihak kecewa dengan keputusan Kerajaan Malaysia di era Tun Tun Dr. Mahathir yang tidak mahu menjual pasir kepada Singapura untuk membolehkan pembinaan sebuah jambatan yang lurus?

Kenapa jadi bengkok begini bentuk kenyataan yang dikeluarksan oleh Pejabat Perdana Menteri Malaysia mengenai pembatalan Jambatan Indah itu?

Pembatalan itu menimbulkan implikasi negatif. Pertama: Segolongan rakyat jelata tidak menerima hakikat yang Jambatan Indah perlu dibatalkan. Ini kerana jambatan itu tidak membabitkan soal pasir dan ruang udara.

Kedua: Pembatalan yang kononnya untuk melindungi maruah, kemerdekaan dan kedaulatan Malaysia, sebenarnya memberikan kesan yang sebaliknya. Ini kerana pembatalan itu menyebabkan Malaysia seolah-olah jadi bahan ketawa oleh sesetengah rakyat Singapura dan masyarakat antarabangsa.

Ketiga: Pembatalan itu juga memberikan gambaran seolah-olah, Malaysia tunduk kepada Singapura walaupun pembinaan Jambatan Indah di wilayah Malaysia itu tidak memerlukan persetujuan Singapura.

Keempat: Pembatalan projek Jambatan Indah ini menyebabka:: kepimpinan Kerajaan Malaysia seolah-olah berbalah dengan Tun Dr Mahathir. Kenapakah ini harus terjadi? Kenapa tidak pembatalan itu dibawa berunding dulu dengan Tun Dr. Mahathir?

Kelima: Pembatalan itu diumumkan kira-kira seminggu setelah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak. melawat lokasi jambatan pendek berkenaan. Jadi, tidakkah pembatalan itu mempersenda-sendakan Datuk Seri Najib?

Untuk mengukur implikasi negatif selanjutnya, kajilah kekeliruan sesetengah rakyat jelata di kampung-kampung di beberapa daerah di Johor. Mereka berkata begini: Singapura minta Malaysia eksport pasir dan izin jet tenteranya gunakan ruang angkasa kita, sebagai syarat persetujuan membina jambatan yang lurus. Malaysia tak setuju. Jadi, bila Malaysia batalkan terus projek Jambatan Indah itu, apa kena mengenanya soal pasir dan ruang angkasa Malaysia dijadikan alasan utama kepada pembatalan itu?

Pertanyaan seperti ini mencerminkan realiti kebingunggan sesetengah rakyat kampung di Johor pada masa ini. Oleh kerana mereka kebingungan, mereka pun marah-marah. Mereka marah­marah kerana mereka terbayang bahawa muka mereka kononnya sedang kena jengkal oleh rakyat dan pemimpin Singapura, bila Jambatan Indah itu dibatalkan pembinaannya.

Lepas itu, mereka tanya lagi. Bila Malaysia sudah batalkan projek jambatan itu seratus peratus, di mana letaknya harga diri, maruah, kedaulatan dan kemerdekaan Malaysia? Soal ini menyebabkan banyak lagi pihak jadi lebih bengang. Kita nak bina jambatan lurus, tak boleh. Kita pun buat jambatan yang bengkok. Ini pasti boleh. Pasal atas tanah air kita sendiri. Atas bumi kita sendiri.

Atas perairan kita sendiri. Di bawah ruang angkasa kita sendiri. Tapi, kenapa tiba-tiba sahaja Kerajaan kata tak boleh?

Oleh itu, siapa boleh larang kelompok kiasu di Singapura dari mempersenda-sendakan orang Malaysia akibat pembatalan Jambatan Indah itu? Apa kita nak buat kalau kelompok kiasu Singapura berkata begini: Aya, apa dah jadi? Jambatan lurus tak boleh bikin, ini bengkok punya pun tak boleh juga? Ini macam, baik lu cari taut dan terus terjun, lagi baik!

Bagaimanapun, majoriti rakyat Malaysia tetap yakin dan percaya, Kerajaan Malaysia mutakhir mestilah mempunyai kebijaksanaannya yang tersendiri untuk membatalkan terus projek Jambatan Indah itu, demi negara. Tapi, kerana projek itu projek di zaman Tun Dr. Mahathir, apalah salahnya kalau berunding dulu dengan beliau sebelum diambil apa-apa keputusan?

Pada pendapat saya, jambatan itu boleh terus dibina secara bengkok, kalau ada kejujuran dan keikhlasan tulen lagi abadi, di jiwa semua pihak yang terlibat dengannya. Sebab itu, mungkin silap untuk mana-mana pihak menentang, atau membatalkan projek itu.

Oleh itu, saya berpendapat, wajarlah Kerajaan Malaysia mengkaji cadangan supaya projek Jambatan Indah itu terus dibina. Kalaulah projek Jambatan Indah ini juga mungkin mempunyai implikasi undang-undang antarabangsa, rundingkanlah hal itu dengan Singapura secara ikhlas dan jujur.

Malaysia perlu tegaskan kepada Singapura, tidak wajar masalah jambatan itu diselesaikan menerusi perspektif kiasuisme. Ini kerana Singapura bukan Israel. Malaysia bukan Palestin. Singapura dan Malaysia adalah negara yang berdaulat dan merdeka. Mereka berkongsi sejarah. Mereka co-exist atas tuntutan sejarah. Jadi, Malaysia dan Singapura mesti cipta sejarah dan masa depan berasaskan ciri-ciri, nilai dan budaya ketimuran kita dengan penuh semangat musyawarah dan kesetiakawanan.

Malaysia sebagai sebuah negara-bangsa yang berdaulat dan merdeka, perlu bertindak secara tegas, berani dan bijaksana. Kalau tidak, hubungan Malaysia dan Singapura pasti akan terus rapuh. runcing seperti telur di hujung tanduk, atau terumbang-ambing ibarat layang-layang terputus tali.

Kepada saya, hubungan Malaysia dan Singapura meruncing sejak dekad akhir abad ke- 20, kerana segelintir individu besar di Singapura seolah-olah sentiasa dibelenggu semangat, psaikologi, pemikiran, minda, sikap dan pendekatan kiasuisme.

Kiasu adalah perkataan Hokkien. Maksudnya, "extreme fear of loosing" atau perasaan takut yang amat sangat untuk menghadapi kekalahan dalam sebuah masyarakat yang terlalu kompetatif. Sahabat saya di Batu Pahat menghuraikan kiasuisme kepada saya menerusi SMS seperti ini: Kiasu maknanya perasaan takut kalah yang amat melonjak-lonjak. Ia juga perasaan cemburu yang melampau-lampau. Bila seseorang jadi kiasu, selalu mereka juga jadi kiasi. Kiasi ertinya takut mati atau tak berani mencuba sesuatu yang baru. Menurut sahabat saya lagi, semangat 2-KIA ini wujud dalam jiwa kebanyakan rakyat Singapura. Betul atau tidak, saya tidak tahu. Tapi itulah kata sahabat saya.

Kiasuisme kini dikatakan sinonim dengan Singapura serta segolongan pemimpin dan rakyat jelatanya. Sebab itu ada pihak berkata: kiasuisme adalah antara keunikan yang membezakan Singapura dengan lain-lain negara di Asia Tenggara. Kiasuisme di Singapura dipercayai mendorong segolongan rakyatnya jadi usahawan bercita-cita besar untuk merangkul setiap kejayaan dan kecemerlangan paling tinggi dari segi kekayaan dan prestij.

Malangnya, kiasuisme juga dikatakan telah menyemaikan perasaan takut bahawa jika rakyat Singapura terleka, orang lain akan mengambil alih tempat mereka. Perasaan ini dipercayai menyebabkan ramai rakyat Singapura berasa tidak selamat. Perasaan ini juga dikhuatiri mendorong mereka tergamak untuk memijak kepala orang lain, semata-mata untuk mempastikan survival dirinya sendiri di dunia mutakhir ini.

Maka, berasaskan semangat kiasu seperti di atas, wajarlah kita bertanya: siapakah yang dimaksudkan sebagai orang lain? Adakah orang lain itu Kerajaan, pemimpin dan rakyat Malaysia? Kalau begitu, adakah semangat kiasu ini sihat dan positif? Tidakkah is bercanggah dengan prinsip perkayakan jiran anda yang diperjuangkan oleh Malaysia sejak awal 1980?

Jadi, salahkah kalau dalam konteks hubungan Malaysia-Singapura hari ini, ada orang mengatakan, kiasu bukannya semangat tidak mahu mengalah dalam dunia yang kompetatif? Tetapi, semangat kiasu itu telah bertukar menjadi kiasi atau amalan manusia yang takut untuk mengambil risiko, walaupun sesuatu tindakan itu memberi manfaat kepada Malaysia dan Singapura?

Soalannya di sini, adakah semangat kiasu ini juga diterapkan oleh Singapura ke dalam kerangka hubungan diplomatiknya dengan Malaysia sejak akhir abad k-20 hingga sekarang? Sebab itukah lepas satu isu, Singapura timbulkan satu lagi isu lain dalam konteks hubungannya dengan Malaysia? Lepas isu perjanjian air, timbul isu Pulau Batu Putih. Isu yang boleh diselesaikan secara duahala, diheret oleh Singapura ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa.

Oleh itu, Singapura hendaklah berhenti menggunakan prinsip, psaikologi, minta, pemikiran, dan pendekatan kiasu dan kiasi bila menjalankan sesuatu rundingan dua hala dengan Malaysia di hari muka. Malaysia pula janganlah melayan karenah, perilaku, tindakan dan keputusan Singapura yang menggunakan prinsip kiasuiame dan kiasisme dalam menyelesaikan masalah dua halanya dengan kita pada bila-bila masa. Singapura juga hendaklah memberhentikan segera taktik diplomasi pasar borongnya bila berurusan dan merundingkan sesuatu dengan Malaysia dimasa akan datang. - Dipetik daripada ucapan saya di Forum Keharmonian Hubungan Malaysia Dan Singapura Sebagai Teras Kesetiakawanan ASEAN, anjuran Biro Penerangan Pergrakan Pemuda UMNO Bahagian Pulai, Johor, pada 29 April 2006.

 

Back

-------------------------------------------------

14. Siapakah Di Belakang Pembatalan Jambatan?

 

Malaysia kena siasat. Malaysia kena siasat betul-betul. Malaysia kena siasat betul-betul, apa pasal Singapura mati-mati enggan pecahkan Tambak Johor. Malaysia kena siasat betul-betul, kenapa Singapura enggan Tambak Johor digantikan dengan sebuah jambatan baru. Apa ada di bawah tambak itu? Jangan-jangan di bawahnya ada terowong sulit. Entah-entah terowong sulit itu sudah tembus sampai ke Bandaraya Johor Bahru. Malaysia jangan percayakan Singapura seratus peratus. Malaysia kena berburuk sangka terhadap republik tersebut. Malaysia kena bersikap begitu kerana mana-mana pihak yang berguru dengan Israel mungkin juga akan berlagak dan bertindak seperti Israel. Akar tuba dalam perahu, sebelum terkena baik Malaysia tahu!

Malaysia juga kena halusi seluruh dolak-dalik Singapura mengenai Jambatan Indah. Di sebalik keseluruhannya, pasti tersirat beberapa sebab strategik. laitu sebab-sebab strategik mengapa Singapura tidak mahu sebuah jambatan dibina merentangi Selat Teberau. Kaji, kaji dan kaji. Jangan cepat putus asa. Kaji, halusi dan perincikan. Apakah sebab utama Singapura tidak mahu ada jambatan baru menggantikan Tambak Johor? Sebab Singapura khuatir, kereta kebalnya yang berpuluh-puluh buah jumlahnya tidak akan dapat menyebrangi Selat Teberau bila tiba masa dan ketikanya? Sebab Singapura takut, kapal dagang boleh belayar dari Pelabuhan Pasir Gudang, melalui Selat Teberau, tents menuju ke Pelabuhan Tanjung Pelepas? Sebab Singapura bimbang, Pelabuhan Singapura akan mati beragan? Kajilah, kaji, kaji dan kaji jangan berhenti-henti.

Begitulah kata seorang sahabat kepada saya, di Johor Bahru, pada 30 April 2006. Kata-kata itu mencerminkan sikap cemburu seorang anak muda Johor terhadap Singapura. Kata-kata itu mencerminkan sikap syak wasangka seorang anak muda Johor terhadap Singapura. Anak muda itu cemburu dan syak wasangka bukan secara membabi buta. Dia bersikap begitu kerana dia Bering melihat, mendengar. membaca dan menganalisa banyak perkembangan mengenai Singapura. Dia membaca dan mengkaji buku-buku tulisan Lee Kuan Yew. Dia merasakan manipulasi Singapura terhadap Malaysia dan Johor mengenai isu Pulau Batu Putih. Dia meramalkan, tidak lama lagi, Singapura mungkin membangkitkan soal Pulau Pisang yang di bawah jagaan Singapura berhampiran Pontian. Dia terkilan atas kemurahan hati Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Negeri Johor mengizinkan Public Utility Board Singapura membuka kawasan tadahan dan pemerosesan air bersih di Kota Tinggi. Dia melihat berpuluh-puluh hektar tanah yang digunakan oleh Singapura untuk memproses air di kawasan Pulai. Dia melihat, mendengar, membaca dan menganalisa segala-galanya mengenai Singapura sejak dia kecil, hinggalah dia dewasa.

 

Pemuda itu keluh kesah. Dia hairan kenapa Kerajaan Negeri Johor dan Kerajaan Malaysia seolah-olah memandang ringan terhadap banyak perkembangan mengenai Singapura. Dia kecewa bila Kerajaan Malaysia membatalkan projek Jambatan Indah kononnya kerana anak-anak Johor khususnya, membangkang keras penjualan pasir dan pemberian ruang angkasa Malaysia kepada Singapura. Katanya, bangkangan keras itu hanya kerana Singapura meminta pasir dan ruang angkasa Malaysia sebagai syarat membina sebuah jambatan yang lurus menghubungkan Johor Bahru dan Singapura. Tetapi, Jambatan Indah yang hanya dibina di perairan wilayah Malaysia, tidak membabitkan pasir dan ruang angkasa. Lantas, kenapa di batalkan? Kenapa dibatalkan projek Jambatan Indah atas alasan pasir dan ruang angkasa?

 

Kata pemuda berkenaan, dia dan segolongan anak muda Johor yang sebaya dengannya, kesal dengan pembatalan itu. Dia kesal kerana Jambatan Indah itu dijangka membawa pelbagai manfaat tersirat dan strategik. Bukan sahaja Selat Teberau jadi bersih. Malahan is juga boleh jadi laluan pintas untuk semua kapal dagang dari Laut China Selatan menuju ke Selat Melaka. Bukan sahaja Bandaraya Johor Bahru akan jadi tarikan pelancongan yang utama di pintu masuk selatan Malaysia. Malahan aktiviti perniagaan di Johor Bahru dan di sepanjang kawasan pesisir Selat Teberau juga akan mengembang dengan pantas dan luas. Perkembangan seperti ini bermakna pertambahan rezeki kepada rakyat Johor dan rakyat Malaysia. Bila rezeki melimpah ruah, negara juga turut aman dan makmur. Dalam keadaan demikian, siapa yang rugi bila projek Jambatan Indah dibatalkan?

 

Pemuda berkenaan dan segolongan anak-anak Johor yang sebaya dengannya bercadang hendak bersuara. Tetapi, kata pemuda itu, mereka takut kena diskriminasi. Siapa yang mereka takuti? Perdana Menteri Malaysia? Menteri Besar Johor? Perdana Menteri Singapura? Atau siapa? Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi orang yang baik, kata pemuda itu. Dato' Abdul Ghani Othman pun begitu juga, tambahnya lagi. Lee Hsien Loong boleh buat apa dia suka di negaranya sendiri, kata pemuda itu lagi. Tapi, ada satu manusia yang dia bimbangkan, katanya dengan nada keluhan. Manusia ini, katanya, lebih-lebih sangat. Dia bagaikan sotong gergasi. Sungutnya berada di mana-mana. Perkara yang hitam boleh diputihkan. Perkara yang putih pula boleh dihitamkan. Kata pemuda itu, manusia istimewa tersebut memberi gambaran seolah-olah dia memang berkuasa di Malaysia. Katanya lagi, cakaplah apa yang hendak dicakapkan pasal manusia ini. Hakikatnya, ramai orang takut dengan dia. Hakikatnya, banyak pihak suka mengampu dia.

 

Pemuda itu tidak pasti kalau manusia istimewa yang dimaksudkan campur tangan dalam pembatalan projek Jambatan Bengkok. Dia tidak pasti mengenai hal ini. Tetapi, kata pemuda berkenaan, mengapakah dengan tiba-tiba, manusia itu seolah-olah hendak mengongkong mana-mana pihak yang cuba bersuara mengenai pembatalan projek Jambatan Indah? Akibatnya, kata pemuda itu, bercelaru. Akibatnya bercelaru kerana Datuk Seri Abdullah sendiri yang pernah berkata "Malaysia mahu jambatan baru, baik yang lurus, bengkok atau herot" terpaksa menelan balik kata-katanya. Akibatnya bercelaru. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak, yang sudah berkali-kali berkata bahawa Kerajaan Malaysia akan meneruskan pembinaan Jambatan Indah, juga terpaksa menelan kembali semua kenyataan beliau sebelum ini. Akibatnya bercelaru. Menteri Luar, Datuk Sri Syed Hamid Albar dan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu, pun terpaksa menelan seluruh kenyataan mereka yang optimis mengenai Jambatan Indah sebelum ini. Kecelaruan seperti ini, kata pemuda berkenaan, tidak mungkinkah menjadikan pemimpin-pemimpin Malaysia bahan ketawa oleh sesiapa sahaja yang mahu mentertawakan mereka?

 

Pemuda itu menghamburkan soalan di atas dengan wajah yang serius. Dengan wajah sedemikian, dia bertanya lagi. Katanya, bukankah seluruh kenyataan Datuk Seri Abdullah, Datuk Seri Najib, Datuk Seri Syed Hamid, dan Datuk Seri S. Samy Vellu mengenai projek Jambatan Indah sebelum ini akan dijadikan bahan ketawa oleh banyak pihak di bumi Temasik? Pada ketika itu, pemuda berkenaan melemparkan renungannya jauh ke seberang Selat Teberau. Sinaran lampu kuning yang berbalam-balam di bumi Temasik, yang kita lihat daripada tempat kami menghirup kopi pada ketika itu, menjadikan impak pertanyaan pemuda berkenaan amat menggerunkan. Memang, kata pemuda itu lagi, secara rasminya Singapura memang mengatakan pihaknya terkejut dengan pembatalan projek Jambatan Indah. Tetapi, cuba kita bayangkan waktu ini, di coffeehouse di Singapura, di majlis-majlis rasmi Kerajaan Singapura, atau di meja-meja makan di restoran sup tulang di Newton Circus, Singapura, bayangkanlah apa komen mereka mengenai Malaysia, mengenai kita, mengenai orang Johor? Bayangkanlah apa yang mereka kata. Bayangkanlah betapa mereka seolah-olah sedang memperbodoh­bodohkan kita semua. Bayangkanlah, bayangkan, kata pemuda itu penuh emosi. Katanya lagi, orang di Putrajaya mungkin tidak dapat membayangkan apa yang sedang dia bayangkan ketika itu. Cuba orang-orang yang makan-makan di kedai kopi 24 jam di Percint 8 Putrajaya, datang minum kopi di Johor Bahru, sambil merenung Selat Teberau dan bumf Temasik yang berbalam-balam di seberang sana. Kata pemuda itu, kalau orang Putrajaya dapat peluang minum kopi di Johor Bahru, macam dia dan saya pada ketika itu, pastinya dada mereka akan meluap-luap marah dengan apa yang telah terjadi.

 

Kini pemuda itu berasa lega setelah meluahkan kekecewaannya sebentar tadi. Kini dia berkata, siapakah agaknya yang menasihati Datuk Seri Abdullah untuk membatalkan projek Jambatan Indah itu? Adakah penasihat itu Datuk Seri Syed Hamid? Adakah penasihat itu manusia istimewa yang sering cuba menekan perbincangan mengenai pembatalan itu? Adakah lain-lain manusia istimewa yang berada di belakang, di samping atau di sekeliling manusia istimewa berkenaan? Pemuda itu bertanya demikian kerana dia yakin Datuk Seri Abdullah tidak membuat keputusan berasaskan ura-ura, desas-desus atau omong-omong kosong.

 

Saya meminta dia memberhentikan teka-teki itu. Saya cadangkan kita melihat ke depan dan menstrategikan semula harapannya terhadap kecemerlangan Bandaraya Johor Bahru. Pemuda itu enggan. Katanya, kita dapat satu peluang keemasan menerusi pembinaan Jambatan Indah. Tapi, peluang itu kini hancur berkecai kerana Jambatan Indah itu pun sudah hangus dibakar. Jadi, mana ada peluang lagi, katanya. Kalau sudah kehilangan peluang, kata saya, kita berusahalah mencari peluang yang lain. Tetapi pemuda itu berkeras. Katanya, dia tidak akan berhenti mencari kebenaran selagi dia masih berasa terhina, selagi dia berasa yang kedaulatan Malaysia masih seolah-olah dipersenda-sendakan, dan selagi dia belum puas hati bahawa tidak ada udang di sebalik batu berkaitan pembatalan projek Jambatan Indah itu.

 

Pada peringkat ini, tiga orang sahabat kepada pemuda berkenaan datang duduk di meja kami. Seorang daripadanya lulusan Universiti Kebangsaan Malaysia. Dia bertanya kepada saya, adakah kemungkinan pembatalan projek Jambatan Indah berkait rapat dengan pilihan raya Singapura? Saya mendiamkan diri sambil tersenyum. Kemudiannya, dia bertanya lagi. Adakah pembatalan itu ada kena mengena dengan sabotaj politik atau pengkhianatan ekonomi? Sekali lagi saya tidak memberikan reaksi. Pemuda itu membaca senyuman saya sebagai no comment. Lantas dia pun meneruskan kata-katanya mengenai pembatalan Jambatan Indah. Kata-katanya keras, kesat dan kasar. Dia gunakan kata-kata keras, kesat dan kasar kerana dia marah. Dia berasa marah, kecewa, dan seolah-olah kehilangan maruah. Kesemuanya, katanya, pasal projek Jambatan Indah dibatalkan dengan tidak semena-mena.

 

Berikutnya, dia meminta kepastian saya, sama ada betul ura-ura, desas-desus dan khabar angin, bahawa kini ada dua tiga orang anak muda Malaysia yang dipercayai rapat sangat dengan Kerajaan Singapura. Saya terus tidak memberikan reaksi. Pemuda itu kelihatan tersinggung. Lalu, saya pun meminta dia meluahkan apa sahaja yang terbuku di hatinya ketika itu. Dia kata, dia dengar cerita kononnya beberapa kerat manusia dalam suratkhabar New Straits Times kini jadi talibarut Singapura. Adakah ini betul, dia bertanya kepada saya. Katanya, dia dengar nama-nama mereka yang diura-urakan adalah nama-nama yang agak besar. Dia bertanya kepada saya sama ada itu juga betul. Lepas, itu, katanya, adakah nama-nama itu terlibat dengan pembatalan projek Jambatan Indah?

 

Mendengarkan soalan itu, saya pun cepat-cepat bersuara. Kata saya, itu semua kemungkinan yang liar. Itu semua spekulasi yang buta. Itu semua serkap jarang yang berbahaya. Pemuda lulusan UKM itu memprotes. Katanya, apa yang dia tanya bukan serkap jarang, bukan spekulasi dan bukan kemungkinan. Kata saya, kalau bukan kemungkinan, bukan spekulasi dan bukan serkap jarang, di mana buktinya? Dia tersentak. Katanya, dia dapat kisah itu dari seorang orang besar di Kuala Lumpur. Orang besar itu kononnya pernah menyuarakan kisah itu kepada seorang pembesar negara. Tetapi, kata pemuda tersebut, kisah itu hanya diberus ketepi begitu sahaja.

 

Hati kecil saya berkata, tuduhan seperti ini berbahaya. Tetapi, apa saya boleh buat untuk menyekat pemuda lepasan UKM itu daripada terus berkata-kata pada ketika itu. Semua ini berpunca daripada kenyataan bahawa projek Jambatan Indah dibatalkan kerana rakyat menolak penjualan pasir dan penggunaan ruang angkasa Malaysia kepada Singapura. Semua ini berpunca daripada kenyataan yang agak kurang jelas. Semua ini berpunca daripada rasa tidak puas hati pemuda berkenaan terhadap pembatalan itu. Kalau pembatalan projek Jambatan Indah itu diberi alasan yang lebih munasabah, mungkin tiada manusia yang tidak puas hati seperti keempat-empat orang anak muda yang menemui saya di Johor Bahru, pada malam 30 April 2006. Saya pasti keempat-empat anak muda itu rasional dan waras. Tetapi, saya pula tidak pasti kalau saya boleh meredakan api kemarahan yang sedang membakar di jiwa mereka ketika itu. Biarpun keempat-empat insan profesional itu lulusan universiti, mereka juga anak Melayu Johor yang tebal dengan sentimen ketuanan Melayu, khususnya bila membabitkan Singapura.

Selepas itu, puas saya memujuk mereka supaya kembali tenang. Tidak guna marah-marah sepanjang masa. Begitu pun, dua orang sahabat mereka yang berdiam diri sejak tadi, tiba-tiba bersuara. Kata seorang daripadanya, dia tidak bantah keputusan Kerajaan Malaysia. Tapi, dia syak keputusan itu berasaskan input nasihat yang tidak tepat. Seorang lagi berkata. Dia tidak puas hati dengan cara Tun Dr. Mahathir Mohamad dilayani oleh sesetengah menteri ketika ini. Katanya, bagilah peluang mantan Perdana Menteri itu bersuara. Kalau ada menteri yang kononnya tidak suka Tun Dr. Mahathir bersuara menerusi akhbar, menteri itu patut nasihati Datuk Seri Abdullah dan Tun Dr. Mahathir mengadakan perbincangan empat mata. Ini tidak, kata pemuda itu. Habis Tun Dr. Mahathir dimain­mainkan. Konon nak uji siapa yang letih dulu! Pemuda itu mendengus sambil berkata: Hormatilah pemimpin kita. Datuk Seri Abdullah pemimpin kita. Tun Dr. Mahathir pun pemimpin kita. Bezanya, Datuk Seri Abdullah pada ketika ini ada takhta dan kuasa. Tun Dr. Mahathir pula adalah negarawan yang telah menyerahkan takhta dan kuasa itu kepada Datuk Seri Abdullah pada hujung 2003. Orang Melayu janganlah cepat dan mudah lupa!

Kata-kata di atas sungguh menyengat. Kalau sebelum ini saya pernah berkata bahawa Tun Dr. Mahathir menyinga, pemuda yang meluahkan kekecewaan seperti di atas juga tengah menyinga. Jadi, agak-agaknya, berapa ramai lagi rakyat Malaysia yang tengah menyinga pada hari ini? Kalau suara empat pemuda berkelulusan tinggi seperti yang telah saya temui di Bandaraya Johor Bahru itu boleh dijadikan kayu pengukur, agaknya memang ramailah anak-anak muda Malaysia yang sedang menyinga akibat pembatalan projek Jambatan Indah pada 12 April 2006.

Sesudah itu, saya pun berkata bahawa saya percaya, Datuk Seri Abdullah, menerusi seluruh instrumen perisikan di bawah kekuasaan beliau, seperti Cawangan Khas, Perisikan Tentera, Kemas, Penerangan Khas, UMNO dan agensi-agensi lain-lainnya, tentunya ada mengutip maklum balas seperti di atas. Kalau tidak ada, kata saya, maka eloklah kita semua pakat-pakat mencari gua di tengah­tengah hutan belentara, untuk dijadikan tempat kita semua berkhalwat dan menyorokkan diri daripada diapa-apakan oleh mana-mana pihak yang tidak suka mendengar maklum balas seperti yang saya huraikan dalam tulisan ini. Kalau hakikat seperti ini berlaku, jangan sekali-kali antara kita cuba-cuba mencari perlindungan atau keampunan daripada "Hindu god and Muslim priest" seperti yang disebutkan "oleh Tun Dr. Mahathir baru-baru ini.

 

Keempat-empat anak muda Melayu Johor yang mendengar kata­kata saya seperti di atas, tertawa terbahak-bahak. Kata seorang daripada mereka, kalau apa yang saya katakan betul-betul berlaku, dia hendak sewa salah sebuah pulau kecil di Gususan Kepulauan Riau. Bila dia dapat menyewa pulau itu, dia akan buat kerajaannya sendiri. Dia akan bina bala tenteranya sendiri. Dia akan buat parlimennya sendiri. Dia akan perbesarkan pulau kecil itu macam Singapura perbesarkan pulaunya dengan pasir dari Malaysia dan Indonesia. Dia akan himpun ramai-ramai pekerja Indonesia dari Tanah Jawa dan Sumatera. Mereka akan dijadikan warganegara pulau berkenaan. Dan, akhir sekali, bila kerajaan dia sudah kuat dan perkasa, dia akan melaksanakan dasar pengembangan wilayah.

 

Hebat. Itulah impian Mat Jenin Johor Bahru, kata saya. Pemuda yang menyuarakan idea berkenaan membantah. Itu bukannya impian Mat Jenin. Tetapi, itulah manifestasi kekecewaan semasa di kalangan segolongan anak muda Melayu Johor ketika ini. Mereka perlu mencari pelencongan minda untuk mengelakkan diri mereka jadi agresif, radikal atau terus tidak bermaya. Mereka memerlukan terapi untuk memulihkan semangat mereka yang terguris dan tercalar akibat pembatalan projek Jambatan Indah baru-baru ini.

Daripada dialog di Danga Bay, Johor Bahru, seperti di atas, jelaslah bahawa kalau hari ini ada kalangan yang marah-marah pasal pembatalan projek Jambatan Indah, rasa marah itu adalah cetusan yang spontan dan semulajadi. Kemarahan itu bukan kerana hasutan Tun Dr. Mahathir, bukan akibat hasutan Datuk Mukhriz Mahathir, dan bukan berpunca daripada hasutan sesiapa. Sebaliknya, setiap insan yang berfikir pastinya akan mampu berhujah seperti di atas, dan juga mampu terdorong untuk marah kerana tidak puas hati.

Baik mereka orang kampung, baik mereka lulusan universiti, baik mereka anggota parti siasah, sebilangan besar mereka memang berasa amat simpati dengan pemimpin negara akibat keputusan itu. Mereka bersimpati dengan Datuk Seri Abdullah yang kini jadi sasaran kemarahan sestengah rakyat jelata. Mereka bersimpati dengan Datuk Seri Najib yang kini dituduh oleh sesetengah pihak, kononn a sebagai berdolak-dalik. Mereka bersimpati dengan lain-lain menteri yang kini dikatakan, kononnya sebagai pihak yang bersikap lalang di tiup angin. Mereka bersimpati dengan Tun Dr. Mahathir yang kini disifatkan oleh segelintir menteri, kononnya sebagai bertindak seperti hidung tak mancung, pipi disorong-sorong. Pendek kata, segolongan rakyat jelata memang bersimpati dengan semua pemimpin negara yang terlibat dengan pembatalan projek Jambatan Indah.

Begitu pun kemarahan mereka tetap terus meluap-luap terhadap pihak yang memberikan nasihat supaya projek Jambatan Indah itu dibatalkan. Pada waktu yang sama, mereka memang terlalu sangat ingin tabu siapakah yang sebenarnya telah menasihati Kerajaan Malaysia supaya bertindak sedemikian rupa. Hakikat ini tidak ada siapa yang dapat menanganinya secara berkesan, melainkan pihak berkuasa.

 

Bagaimanapun, sebagai renungan kepada seluruh tulisan saya dalam buku ini, termasuk lampiran-lampirannya, berikut adalah sedutan mesej yang disampaikan sendiri oleh pembawa mesej berkenaan kepada saya, sewaktu saya hampir-hampir selesai menyediakan epilog ini. Pembawa mesej ini mati-matian merayu agar saya merahsiakan namanya dan tempat dia bekerja. Dia berbuat demikian kerana dia juga bimbang akan kesejahteraan dirinya sendiri di masa akan datang.

 

Inilah antara kata-kata pembawa mesej berkenaan: "Bang. Saya tak berani nak suspek apa-apa. Tapi, rasa-rasanya memang ada yang tak kena pasal pembatalan projek Jambatan Indah ini. Sebabnya, kenapa seorang Ketua Pemuda UMNO bahagian, kini dalam keadaan serba salah? Dia ada keluarkan satu kenyataan akhbar mengenai Jambatan Indah beberapa hari sebelum 12 April 2006. Dalam kenyataan itu, Ketua Pemuda berkenaan telah mencabar Singapura untuk menghuraikan apakah antara implikasi undang-undang kalau Malaysia membina Jambatan Indah di wilayah Malaysia sendiri? Tak semena-mena, kata pembawa mesej berkenaan, ada pula orang kuat

 

kepada seorang besar Pemuda UMNO Malaysia, kelam-kabut menelefon semua akhbar perdana, minta mereka semua jangan siarkan kenyataan itu. Soalnya kenapa? Apa hubungan tokoh Pemuda UMNO Malaysia itu dengan isu Jambatan Indah? Apa kena mengena dia dengan cabaran seorang Ketua Pemuda UMNO bahagian terhadap Singapura?" 

Kenyataan penuh Ketua Pemuda UMNO berkenaan (nama penuh dan bahagiannya tidak disiarkan di sini) di Kuala Lumpur, pada 4 Mac 2006, adalah seperti berikut:

Pemuda UMNO kesal dengan kenyataan keras Singapura terhadap Malaysia berhubung keputusan Kerajaan (Malaysia) meneruskan pembinaan jambatan separuh bagi menggantikan Tambak Johor di sebelah negara ini (di wilayah Malaysia). 

Ia kenyataan sombong dan angkuh republik itu yang tidak mahukan penyelesaian dua hala yang sedang berjalan ketika ini

Ia juga menunjukkan sikap Singapura yang melampau dan tidak menghormati semangat setiakawan sebagai negara yang berjiran. Jika tidak dikawal ia akan mewujudkan rasa permusuhan antara rakyat di kedua-dua negara.

Pemuda UMNO percaya, hubungan rakyat antara kedua-dua negara (Malaysia dan Singapura) ketika ini tidak menghadapi masalah kerana memang wujud jalinan kekeluargaan (ada yang bersaudara) sesama mereka, dan tindakan mereka mencari alasan untuk melambat-lambatkan pembinaan jambatan baru ini sekadar helah pemimpin Singapura untuk menjaga kepentingan politik masing-masing. 

Sehubungan dengan itu, Pemuda UMNO menyokong penuh pendirian Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi yang menegaskan, Malaysia akan tetap membina jambatan separuh bagi menggantikan Tambak Johor kerana ianya tidak akan menimbulkan sebarang masalah walaupun Singapura mendakwa ia boleh mendatangkan implikasi yang serius.

Malah, Malaysia melihat pembinaan jambatan separuh itu akan menjadikan perhubungan dengan Singapura lebih baik.

Kita tidak perlu membuang masa dengan berunding dengan mereka, tetapi teruskan sahaja rancangan membina jambatan baru ini tanpa mengganggu mereka.

Kerajaan harus menumpukan usaha ke arah memastikan apa juga kaedah supaya jambatan ini siap dan memberi manfaat kepada rakyat negara ini, bukannya rakyat Singapura.

Pemuda UMNO juga meminta Kerajaan Singapura agar tidak mencurigai apa sahaja tindakan Malaysia, kerana is sebenarnya membawa kebaikan kepada kedua-dua belah pihak.

Pemuda UMNO juga menyokong pendirian Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC), Datuk Shahrir Abd. Samad, yang berkata, kenyataan Menteri Luar Singapura, George Yeo bahawa pembinaan jambatan bagi menggantikan Tambak Johor akan membawa implikasi serius merupakan satu ugutan ke atas Malaysia agar memenuhi tuntutan mereka.

Sehubungan dengan itu, Pemuda UMNO juga tidak mahu Kerajaan Singapura mengugut atau mengenakan apa-apa syarat yang tidak munasabah dalam menjayakan pembinaan jambatan baru (Jambatan Indah) ini.

Sehubungan dengan itu, Pemuda UMNO mencabar George Yeo atau mana-mana pihak di Singapura, agar membentangkan secara terperinci kesan atau implikasi yang serius terhadap Singapura sekiranya pembinaan jambatan baru ini diteruskan.

Kita percaya, isu jambatan ini adalah simbol ikatan sillaturrahim antara dua buah negara berjiran yang satu ketika dulu berasal dari sebuah negara. Jadi, biarlah rakyat kedua-dua negara ini yang akan menilaikan keperluan jambatan baru.

Saya difahamkan, kenyataan di atas tidak pernah tersiar dalam mana-mana akhbar Malaysia kerana campur tangan seorang orang kuat Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Hakikat seperti ini pastinya menghairankan. Tetapi, begitulah realitinya.

Pembawa mesej di atas membawa salinan kenyataan akhbar berkenaan kepada saya untuk mengukuhkan rasa syak wasangka sesetengah pihak, bahawa memang mungkin ada sekumpulan kecil manusia yang cuba memanipulasikan pendirian Kerajaan Malaysia mengenai Jambatan Indah, di Johor Bahru. Kata pembawa mesej, kalau tidak ada apa-apa power game, apa pasal ada manusia yang menghalang kenyataan menyokong pendirian Kerajaan Malaysia mengenai Jambatan Indah, supaya tidak diterbitkan oleh mana-mana akhbar perdana di negara ini? Pembawa mesej itu juga bertanya, kenapa pada hari ini terjadi macam-macam hal seperti ini?

Saya biarkan pembawa mesej itu bermonolog keseorangan. Kepada saya amat jelas, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia pimpinan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein adalah satu sayap UMNO yang matang dan demokratik. Kenyataan akhbar Datuk Seri Hishammuddin pada 18 April 2006, yang saya paparkan di awal buku ini, adalah buktinya. Dari kajian rambang yang saya lakukan, saya dapati kenyataan berkenaan tidak menerima liputan sewajarnya. Sebab itulah ada antara ketua-ketua pemuda UMNO, di Johor khususnya, yang berasa agak ngeri dan gentar, bila Datuk Mukhriz berkata pada 29 April 2006, supaya Kerajaan Malaysia membuka semula perundingan dengan Kerajaan Singapura, meliputi soal Jambatan Indah dan lain-lain isu tertunggak. Sebenarnya, kenyataan Datuk Mukhriz itu hampir-hampir senada dengan kenyataan Datuk Seri Hishammuddin, pada 18 April 2006, seperti berikut:

"Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menegaskan bahawa apa juga bentuk jambatan yang menghubungkan Malaysia-Singapura, jika dibina akan kekal selamanya sebagai struktur bersejarah yang akan mengingatkan kembali tentang hubungan kedua-dua buah negara seperti Tambak Johor. Kita akan ditanya oleh generasi akan datang sama ada rakyat Malaysia mahupun warga Singapura, mengenai jambatan itu, mungkin 80 tahun atau 100 tahun dari sekarang. mengapa jambatan itu berbentuk dan berstruktur begitu.

Semua mengakui, jambatan yang lurus adalah keputusan yang ideal. Maka, walaupun kita hanya mempunyai 1% peluang untuk membinanya, tindakan Kerajaan, membuka semula rundingan. walaupun untuk membina jambatan yang lurus adalah wajar. Sikap mementingkan diri sendiri dan sifat Kerajaan Singapura yang terlalu `berkira' telah menyebabkan harapan ini gagal, dan hal ini tidak bermakna keputusan untuk membincangkannya semula merupakan keputusan yang salah."

Kenyataan penuh Datuk Seri Hishammuddin, mengenai pembatalan projek Jambatan Indah, seperti yang saya paparkan dalam buku ini, sewajarnya disebarkan ke seluruh negara. Saya yakin, dengan cara ini tidak akan ada mana-mana pihak yang akan menangguk di air keruh atau melukut di tepi gantang. Dengan cara ini, saya pasti Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia akan sentiasa berwibawa, bergerak dengan satu nada, dan satu suara, demi agama. bangsa dan negara.

Walaupun begitu, saya berpendapat, eloklah kalau peristiwa pembatalan projek Jambatan Indah ini boleh dijadikan satu iktibar dan faktor untuk menyatupadukan semua pihak di negara ini. Baik perpaduan di kalangan rakyat. Baik perpaduan di kalangan siasah. Baik perpaduan di kalangan pemimpin seluruhnya. Ini kerana perpaduan yang jitu pastinya akan menggerunkan mana-mana pihak di Singapura yang mahu terus menerus bersikap seolah-olah biadab, kurang ajar, berperangai kiasu dan kiasi dalam perundingan dan lain­lainnya. Perpaduan jitu juga akan menggerunkan mana-mana pihak di Singapura yang mungkin mahu mengheret sebarang elemen internasional untuk jadi penasihat atau pelindungnya dalam urusan perundingan dua hala dengan Malaysia di masa akan datang.

Moga-moga penyingaan Tun Dr. Mahathir dan segolongan rakyat Malaysia mengenai pembatalan projek Jambatan Indah ini akan menghasilkan reaksi positif. Mudah-mudahan, is juga akan mendedahkan wajah seluruh manusia yang mungkin menjadi talibarut Singapura di Malaysia. Insya Allah, Malaysia akan beroleh kekuatan bare dalam menghadapi apa jua karenah Singapura di masa akan datang.


 

BIODATA

DATUK RUHANIE AHMAD

 

RuhanieAhmad adalah nama yang tidakasing di bidang kewartawanan di Malaysia. Beliau memulakan kerjayanya di The New Straits Times sejak 1972. Beliau berkelulusan Diploma Pentadbiran Awam dari ITM (UiTM) Shah Alam dan di bidang kewartawanan dari Essex, England. Beliau juga pernah mengikuti Fellowship Kewartawanan di Jepun. Sewaktu menjalani kursus di England, Ruhanie diasuh oleh beberapa wartawan terkemuka yang pernah berkhidmatdengan The DailyMaildan The Daily Mirrordi Fleet Street, London. Sewaktu berada di Jepun, beliau menerima bimbingan Dr. Masaru Ogawa. seorang wartawan terkenal yang pernah berkhidmat dengan The Japan Times. Sewaktu berkhidmat di The New Straits Times dan Berita Harlan, beliau menerima didikan daripada wartawan terkemuka seperti Mendiang Tan Sri Lee Siew Yee, Tan Sri Samad Ismail, Allahyarham Haji Dahari Ali, Haji Samani Mohd. Amin, Allahyarham Tan Sri Noordin Sopiee dan juga DatukA. Samad Said.

Mulai 1982, Ruhanie memulakan kerjaya sebagai Setiausaha Akhbar kepada Tan Sri Musa Hitam selaku Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri. Dua tahun berikutnya sehingga 1986, beliau bertugas sebagai Setiausaha Politik kepada Tan Sri Musa. Sesudah itu, beliau meneruskan kehidupannya sebagai professional politik dan menulis secara sambilan.

Daripada 1990 hingga 2004, Ruhanie bertugas sebagai Ahli Parlimen arit Sulong, Johor. Ketika itu beliau aktif dalam kesatuan-kesatuan Parlimen tempatan dan antarabangsa. Beliau pernah menjadi ahli awatankuasa Pertubuhan Antara Parlimen ASEAN (AIPO), Persatuan Parlimen Komonwel (CPA) dan juga Kesatuan Parlimen Antarabangsa (IPU). Kedudukan tersebut membolehkan beliau menghadiri pelbagai persidangan antarabangsa di merata dunia, termasuk Perhimpunan Agung PBB di New York.

Ruhaniejuga prihatinterhadap perkembangan ICT dan pembangunan modal insani (human capital) yang moden. Beliau pernah menyertai rombongan MIMOS ke Lembah Silikon serta melawatsyarikat-syarikat ICT gergasi di AS. Beliau juga pernah menganggotai Majlis Perundingan Ekonomi Negara (MAPEN) II, Majlis ICT Bumiputera dan juga Anggota Panel Globalisasi MTEN.

Sejak Tragedi 11 September 2001 hingga sekarang, Ruhanie amat prihatin terhadap masalah keselamatan antarabangsa, Peperangan Antiterorisme Global serta perkembangan yang berkaitan dengannya. Baru­baru ini beliau menghasilkan buku Patriotisme Malaysia: Penangkis Neoimperialisme. Sebelum ini beliau pernah menghasilkan sepuluh buah buku - lapan dalam Bahasa Malaysia dan dua lagi dalam Bahasa Inggeris. Buku-buku tersebut adalah Musa Hitam: Tenang Dalam Gelora [1986], Musa Hitam: Serene In The Storm [1986], Melayu Lawan Melayu [1989], DAP Bukan Anti-Melayu [1989], Angkara Saddam: Dunia Islam Terus Terancam [1991], Bosnia: Keprihatinan Malaysia [1994], Bosnia: Voices of Malaysia [1994], Revolusi UMNO [1994], Selamat Tinggal 46 [1995], Pejuang

Berjurus [1996]

Back

-------------------------------------------------

15. Lampiran 

Back

-------------------------------------------------

 

 

 

 

   

© Copyright  [www.pemudamalaysia.org.my]. All rights reserved.